RANGKAIAN PAWAGAM MBO CINEMAS KINI KEMBALI BEROPERASI


Salah sebuah jenama teraju industri panngung wayang di Malaysia, MBO Cinemas telah mengumumkan pembukaan semula rangkaian pawagamnya di bawah pengurusan baharu. Sebelum ini, semua pawagam MBO Cinemas telah ditutup akibat terkesan oleh pandemik Covid-19.

“Kami merasa teruja untuk membuka semula MBO Cinemas dan ia menjadi satu keutamaan bagi kami untuk terus memberikan pengalaman menonton wayang yang hebat, sinonim dengan jenama MBO Cinemas”, kata Karthiik Doraisingam, Pengarah Urusan MBO Cinema Sdn Bhd.

Karthiik juga mengumumkan bahawa rangkaian pawagam ini bakal dibuka secara berperingkat, dimulai dengan MBO Cinemas di Atria Shopping Gallery, Damansara pada 29 Disember 2021 dan ini akan diikuti dengan beberapa buah lagi pawagam, termasuk Elements Mall Melaka, Taiping Sentral Mall, Teluk Intan, Brem Mall, Space U8 dan U-Mall Skudai.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman media sosial MBO di Facebook and Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

“SENTUHAN WIRA”: FILEM AKSI SUKAN TENTANG DETIK BERSEJARAH KEMENANGAN PIALA THOMAS 1992 KINI DILANCARKAN