AKTIFKAN DIRI DENGAN ‘FUN FIT CHRISTMAS’ DI INTERMARK MALL
Bergerak cergas musim perayaan Krismas ini bersama Intermark Mall dengan ‘Fun Fit Christmas’. Mulai sekarang sehingga 2 Januari 2022, Mall Atrium pusat membeli-belah ini akan dihiasi dengan dekorasi Krismas yang menampilkan Santa Claus dan gula-gula candy cane, dan juga beberapa stesen pop-up yang interaktif!
Serlahkan bakat pukulan golf di permainan golf mini MST Golf ‘Ho Ho Hole’; keluakan peluh dengan ‘Christmas Ride’ bersama Flyproject; tunjukkan kehebatan tendangan gol di ‘Fun Goal’ Sports Direct, dan berlarilah di ‘Holiday Sprint’ Skechers. Pengunjung yang menamatkan semua aktiviti akan menerima hadiah Krismas yang eksklusif.
Buatlah persediaan menyambut Hari Krismas dengan mendapatkan rangkaian produk makanan import di Christmas Delectables Pop-Up oleh Jaya Grocer di aras Concourse, dan kemudian dapatkan hiasan Krismas di Living Circle Concept Pop-Up di aras Ground.
Jika anda punyai kasut atau peralatan sukan lama yang tidak dipakai, anda boleh dermakan di kotak Community Recycle For Charity. Kotak ini terletak di Aras 1di hadapan Sports Direct. Barangan yang didermakan akan diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Para pelanggan yang berbelanja RM250 dalam satu resit akan menerima satu pek stokin sukan dan mereka yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit terkumpul akan menerima satu pek stokin sukan dan baucer tunai RM50.
Sesi ramah mesra bersama Santa akan berlangsung pada 2, 9, 16 dan 25 Disember pada jam 1 petang.
Untuk maklumat lanjut tentang ‘Fun Fit Christmas’, sila layari intermark-mall.com, atau ikuti laman Facebook, Instagram, atau hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan di 03 2166 8170.
Comments
Post a Comment