RIANG RIA FRIENDSHIP FEST DI LEGOLAND MALAYSIA RESORT

 

Sempena musim percutian akhir tahun ini dan sambutan Tahun Baharu 2022, LEGOLAND® Malaysia Resort telah melancarkan Friendship Fest atau Pesta Persahabatan, mulai 3 Disember sehingga 9 Januari dengan pelbagai aktiviti menarik yang pastinya akan menawan hati kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang festival ini telah dihasilkan untuk memupuk persahabatan di kalangan kanak-kanak bersama sahabat-sahabat mereka, lama dan baharu. Bertemakan “Largest Fun, Built on Friendship”, acara yang menceriakan ini menampilkan watak-watak utama daripada Siri TV LEGO® Friends iaitu – Mia, Emma, Olivia, Andrea, Stephanie – sekumpulan gadis remaja yang kelakar, pintar, pandai menyelesaikan masalah, periang, lincah dan sebagainya.


Acara ini merupakan salah satu kerjasama di antara LEGO dengan LEGOLAND Malaysia Resort baru-baru ini, Antara aktiviti-aktiviti yang menanti anda adalah seperti berikut:


Persembahan Live:

Berdendang dan berdansa bersama LEGO Friends dari Heartlake City - LEGO Friends, LIVE!. Ini merupakan persembahan secara langsung LEGO Friends yang pertama di LEGOLAND sedunia!

Sesi Ramah Mesra:

Dampingi gadis-gadis LEGO Friends kesayangan anda ketika mereka keluar bersiar-siar dengan lagu-lagu kegemaran mereka di dalam kenderaan baharu mereka! Anda mungkin dapat menyaksikan dengan lebih dekat Robot Zobo Olivia dan Motor Scooter Emma.

Aktiviti-aktiviti lain:
  • Berkaraoke bersama rakan-rakan anda di booth Andrea’s Karaoke!
  • Sayangi haiwan-haiwan peliharaan di Mia’s Stables, dan bina Bella dengan LEGO – kuda kesayangan Mia!
  • Semarakkan semangat persaingan dengan Stephanie’s Shoot and Score. Bersedialah untuk mempamerkan bakat sukan anda.
  • Emma’s Expressive Art Class adalah sebuah tempat untuk anda biarkan imaginasi anda bebas.
  • Gerakkan tubuh anda dengan Stephanie’s Stepathon.
  • Pupuk semangat ingin tahu dengan program Olivia’s Mad Science dengan ujikaji yang gila-gila.
  • Selesaikan kes misteri di Friends Fun Find.
  • Alu-alukan kedatangan 2022 dengan persembahan gemilang dengan sentuhan LEGO di Fireworks Extravaganza jam 8.00 malam pada 31 Disember 2021
  • Menari bersama LEGO Friends sambil diiringi oleh lagu-lagu Krismas kegemaran mereka di LEGO Friends Xmas Special
  • Rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik setiap hari di cabuan bertuah, Advent Calendar Draw dengan pembelian RM50 ke atas di LEGOLAND Retail Store.
  • Ucapkan selamat tinggal di Farewell Show apabila lampu-lampu di atas LEGO Duplo Tree dinyalakan dalam persembahan harian terakhir.
Pertandingan:
  • Berjalan dengan bergaya di pentas peragaan di Andrea’s Catwalk Contest – untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.
  • Gunakan kemahiran membina anda di Mia’s Speed Building untuk memenangi hadiah pembina terpantas.

Promosi LEGO DOTS

LEGOLAND Malaysia Resort menawarkan peluang kepada semua pengunjung untuk menghasilkan gelang tangan DOTS di gerai DOTS untuk dibawa pulang sebagai cenderahati secara percuma, dengan pembelian sebarang set mainan LEGO Friends atau LEGO DOTS berharga RM149 ke atas.



Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/friendship-fest-1/ dan ikuti laman media sosial LEGOLAND Malaysia Resort di Facebook dan Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI