PUBG MOBILE MERIAHKAN MUSIM CUTI DENGAN HADIAH 100,000 UC


PUBG MOBILE bakal memberi “Airdrop” kepada para peminat PUBG MOBILE untuk memenangi 100,000 UC dan pelbagai hadiah menarik! Panggilan untuk semua peminat PUBG MOBILE di seluruh Malaysia! 

Watak-watak dalam PUBG MOBILE akan membuat penampilan dii Sunway Pyramid, Kuala Lumpur bermula jam 5 petang sehingga 10 malam. Aktiviti ini berlangsung selama tiga hari, iaitu 24,25 dan 26 Disember 2021. 

Para peminat PUBG MOBILE boleh bertemu dengan watak-watak kegemaran di dalam PUBG MOBILE secara langsung. Peminat juga boleh mengambil gambar bersama watak-watak PUBG MOBILE lalu muat naik ke laman FB atau IG persendirian dengan tanda pagar seperti #WinnerWinnerHappyNewYear #PUBGMOBILE #PUBGMXChristmas #PUBGMXNewYear #PUBGMXSpiderman dan berpeluang memenangi hadiah menarik dan pelbagai barangan kekal di dalam PUBG MOBILE. Laman rasmi PUBG MOBILE akan mengumumkan para pemenang yang bertuah pada bulan Januari 2022 nanti. 


Lebih menarik, watak terkenal sedunia Spiderman turut membuat penampilan berikutan kerjasama filem Spiderman: No Way Home bersama PUBG Mobile. Jenama makanan ringan Taokaenoi juga disediakan untuk anda merasai kesitimewaannya dan berpeluang untuk mendapat hadiah dalam permainan PUBG Mobile. 

Persembahan 'Flash Mob' juga akan diadakan pada 25 Disember di Sunway Pyramid, bermula jam 5 petang sehingga 10 malam, bertempat di Sunway Pyramid (TBD). Selain itu, kepada semua peminat PUBG MOBILE, anda juga berpeluang untuk berjumpa pencipta kandungan idola dan pemain e-sukan PUBG MOBILE. Mereka akan membuat penampilan semasa Flash Mob di Sunway Pyramid. 


Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan sama-sama memeriahkan sambutan bersama PUBG MOBILE! Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan acara tersebut, sila layari laman sosial PUBG MOBILE 

● Facebook: PUBG MOBILE Malaysia 
● Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia 
● YouTube: PUBG MOBILE Malaysia 
● Instagram: @pubgmobilemyofficial

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!