4 SEBAB "UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR" BEST


Sejak dibuka kira-kira dua tahun lalu, Uptown Puchong Night Bazaar menjadi sebuah destinasi membeli-belah dan makan-minum yang unik dan digemari ramai di Puchong.

Ia adalah bazaar Uptown pertama di Malaysia yang berbumbung dan tersusun. Konsep moden di dalam perniagaan larut malam ini menampilkan lebih 400 unit perniagan yang menawarkan pelbagai jenama dan produk dengan harga mampu-milik seperti pakaian, kasut, aksesori telefon bimbit, salon rambut, barangan perhiasan diri dan sebagainya.

Team FEMAGONLINE sempat singgah ke Uptown Puchong Night Bazaar yang juga lebih mudah diingat dengan ringkasan UPNB untuk merasai sendiri kemeriahan bazar ini.

Memang tidak menghampakan. Kami boleh simpulkan tinjauan kami ke UPNB dengan 4 S – Sedap, Selesa, Semua Ada dan Santai.

Jom kita baca selanjutnya….


1. SEDAP
Masuk sahaja ke UPNB, anda akan diasak oleh aroma makanan yang meliurkan. Medan selera UPNB yang terletak di bahagaian depan menawarkan pelbagai hidangan makan dan minum dengan harga yang amat berpatutan.


Tepuk dada, tanya selera. Beraneka masakan tempatan dan antarabangsa dapat dinikmati di food court yang selesa dan bersih ini. Antara makanan yang harus dicuba di sini adalah Char Kuey Teow, Maggi Ketam, Chicken Chop, Lamb Chop & Nasi Ayam.

Kalau anda gemarkan makanan laut, kami syorkan Mafioso Shell Out yang menawarkan pengalaman makan beramai-ramai yang seronok. Tanpa pinggan, tapi habis licin semua makanan!


2. SELESA
Pada pandangan kami, UPNB adalah uptown yang paling selamat dan selesa untuk membeli-belah di waktu petang atau malam. Mana tidaknya, premis ini dilengkapi dengan kawalan keselamatan selama 24 jam.

Persekitaran yang bersih, tersusun dan terang membolehkan anda membeli-belah dengan mudah dan senang hati. Keselesaan kepada pengunjung merupakan matlamat utama UPNB.


Air cooler dan mist fan turut dipasang untuk memberikan keselesaan yang maksimum kepada anda semua. Anda juga tidak perlu bimbang jika hujan. UPNB adalah uptown berbumbung pertama di Malaysia. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah Wifi percuma, tempat letak kereta percuma, surau, tandas dan sebagainya.


3. SEMUA ADA
UPNB menampilkan lebih 400 unit perniagaan yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan dari jam 7 petang sehingga 3 pagi. Anda pasti rambang mata kalau datang ke UPNB sebab semua kedai nampak menarik. Barangan yang dijual di setiap kedai diperagakan dengan dengan kemas dan rapi, tidak seperti bazar-bazar uptown berkhemah yang lain.


Anda juga mudah membuat pilihan dan memeriksa barangan sebelum dibeli kerana semua kedai-kedai disinari lampu-lampu kalimantang yang terang. Dari tudung ke kasut, mainan kanak-kanak ke aksesori vape, pomade ke gincu, perkakas rumah ke haiwan peliharaan pun ada!


Harga pastilah lebih murah dan berbaloi daripada kedai-kedai di pusat membeli-belah yang besar. Selain daripada membeli-belah, terdapat pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan sehingga awal pagi. Antara perkhidmatan yang boleh didapati di UPNB adalah kedai gunting rambut, salon kecantikan, kedai membaiki gajet, karaoke, kedai membaiki pakaian dan sebagainya.


Kami juga ingin membuat “shout out” istimewa kepada KRU WORD SHOES yang terletak di Lot B17 & B18, UPNB. Kedai yang dimiliki oleh En. Nazari ini menawarkan pelbagai kasut “branded” bukan ori tapi hampir sama dengan harga murah sekitar RM200.


4. SANTAI
Selepas penat membeli-belah, apa kata kita duduk sebentar menikmati keindahan malam di pagari bintang dengan secangkir kopi sambil dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi busker?


Lokasi dan kemudahan yang disediakan UPNB memang sesuai untuk orang ramai bersantai selepas penat bekerja. UPNB juga menyediakan skrin LCD besar untuk pengunjung yang datang menonton perlawanan bola sepak atau tayangan wayang sambil menikmati makan-minum yang lazat.


Pelbagai aktiviti yang menarik turut dianjurkan setiap masa untuk menarik para pengunjung ke UPNB. Antaranya adalah pertandingan seni graffiti, pertandingan menyanyi dan menari, bazar perayaan, peraduan mewarna dan banyak lagi.

Terima kasih FEMAGONLINE nak ucapkan kepada pihak pengurusan UPNB kerana sudi menjemput kami untuk merasai sendiri kemeriahan UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR.

Alamat: Uptown Puchong Night Bazaar (UPNB) Taman Meranti Jaya 47100 Puchong Selangor
No Telefon 0164449657 0162019657
Waktu Operasi 7 Petang hingga 3 Pagi (Isnin – Ahad)
Email info@uptownpuchong.com info@mayfairassets.com.my
Facebook: www.facebook.com/Uptownpuchong
Instagram: www.instagram.com/uptownpuchongnightbazaar
Laman Web Rasmi: www.uptownpuchong.com

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?