PENGALAMAN DUNIA STAR WARS DI LIGHTSPEED LOUNGE TGV


Kat Malaysia ni mana nak cari tempat Resistance dan First Order boleh minum dan lepak bersama? Merasa kelazatan hidangan Porg Soup? Sambil itu boleh cuba menerbangkan X-Wing?



Pengalaman yang tidak boleh dilupakan hanya boleh didapati dipawagam TGV Sunway Velocity. Lightspeed Lounge telah direka khas sempena menyambut Tayangan Perdana “Star Wars: The Last Jedi” membawakan konsep Canto Bight, sebuah planet untuk golongan kaya dan ternama untuk bersuka ria seperti yang dilihat dalam filem tersebut.


 Ahli MovieClub TGV Cinemas, yang terpilih, rakan niaga, tetamu VIP, media dan selebiriti disambut di pintu masuk oleh penjahat dari Galactic Empire dan sinaran Lightsaber, Setelah memasuki pintu gerebang ke Lightspeed Lounge, anda akan dapat melihat pameran koleksi props, kostum dan barangan dari filem-filem Star Wars.



Makanan menyelerakan yang disediakan oleh INDULGE mempunyai nama yang diilhamkan oleh Star Wars berbentuk hidangan bufet all-you-can-eat dengan minuman mocktails.



Sambil menjamu selera, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan string kuartet yang akan memainkan muzik Star Wars sepanjang zaman gubahan composer terkemuka John Williams.



Sebuah pertunjukan fesyen khas oleh pereka terkemuka Venus Lim dari Costurera Haberdashery dan kemudian akan menjadi pameran tetap, berkata “Terima kasih kepada TGV untuk memberi peluang untuk berkongsi Star Wars Inspired Collection saya semasa tayangan perdana ini.



Koleksi yang mempunyai 15 set pakaian yang dipilih untuk tema Canto Bight (golongan saudagar kaya raya), 4 set direka unik dalam sebulan hanya untuk tema ini dan diilhamkan oleh Admiral Holdo, Princess Leia, Queen Amidala dan Bail Organa.



Selain daripada pakaian, aksesori dan perhiasan kepala juga diambil kira. Secara keseluruhannya, saya berterima kasih atas kerja keras pasukan saya dan sokongan TGV yang membuat persembahan ini berjaya.” Ini merupakan penglibatan tahun ke-2 Star Wars Malaysia Fan Club (SWMFC) dengan tayangan perdana Star Wars di TGV Sunway Velocity.



Setiausaha Kehormat SWMFC, Sanjiv Indran menjelaskan: “Beberapa ahli jawatankuasa telah dijemput oleh TGV Cinemas untuk membantu memeriahkan suasana dan mengalami sendiri Lightspeed Lounge. Saya menggalakkan semua peminat Star Wars datang dan menikmati pameran yang dipinjamkan oleh ahli-ahli kelab yang murah hati. Ramai di antara kita yang mengadu Malaysia sering terlepas menyambut kehebatan Star Wars berbanding dengan negara lain – tetapi tidak kali ini.”



Orang ramai juga berpeluang untuk menikmati kehebatan Lightspeed Lounge TGV Cinemas disini sehingga 31hb Disember, di mana makanan dan minuman turut akan dijual.

Ahli-ahli MovieClub TGV Cinemas boleh mendapat diskaun pembelian.
• RM25 untuk ahli MovieClub™
• RM30 untuk bukan ahli MovieClub™
• RM15 untuk kanak-kanak (berumur bawah 18 tahun)

Sesi makan tengahari – 12pm hingga 3pm Sesi makan malam – 6pm hingga 9pm (Hujung Minggu – Sesi makan tengahari dan makan malam. Hari Kerja – Sesi makan malam SAHAJA)


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO