SEPUTAR MALAM GALA FILEM 'BANGLO SEKSYEN 12', FILEM LAKONAN, ARAHAN DAN TERBITAN INTAN LADYANA


Pelakon yang tidak asing lagi di persada filem tempatan, Intan Ladyana telah menggalas tiga tanggung jawab dalam filem baharunya, Banglo Seksyen 12 sebagai pelakon, penerbit eksekutif dan juga pengarah! Beliau yang terkenal dengan lakonannya dalam filem-filem terkenal seperti Jangan Pandang Belakang dan Banglo Berkunci. Filem Banglo Seksyen 12 yang bakal menghantui peminat pada 25 Januari 2024 di pawagam seluruh Malaysia ini merupakan filem pertama terbitan Intan Ladyana.

Intan Ladyana

Filem seram ini adalah sebuah adaptasi novel terbitan Buku Prima, karya Hasrudi Jawawi dengan tajuk yang sama. Walaupun rombakan terpaksa dilakukan kepada jalan cerita kerana kekangan teknikal dan juga penggambaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), filem ini masih mengekalkan misteri dan kejutan yang menjadikan novel salah sebuah novel terlaris dari Buku Prima.  

Pengarah Dharma Nasution

Dharma Nasution, pengarah bersama Intan Ladyana mempertaruhkan barisan pelakon yang tidak asing lagi di dalam industri tanah air seperti Intan Ladyana dan Mustaqim Bahadon sebagai tunjang utama Filem Banglo Seksyen 12 ini. Filem ini dibantu oleh barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.


Lagu tema Banglo Seksyen 12 yang bertajuk Jerangkung dibawakan oleh kumpulan Monosterio di bawah label Asia Empire Records.

Monosterio


Sidang media filem Banglo Seksyen 12 

Intan Ladyana

Hariz Hamdan

Mustaqim Bahadon

Filem Banglo Seksyen 12 diterbitkan oleh Prisma Pictures Sdn Bhd dan diedarkan oleh Metrowealth.



Sinopsis Banglo Seksyen 12

Mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.

Keadaan menjadi misteri apabila kumpulan paranormal yang datang ke lokasi menemui beberapa mayat tanpa kepala di dalam banglo itu. Mereka menemui seorang remaja (Fahmi) yang terselamat, mukanya berlumuran darah dan sedang ditenangkan oleh seorang wanita (Dr. Saleha) yang memperkenalkan dirinya sebagai pakar psikologi.

Dr Saleha menyatakan bahawa kronologi misteri pembunuhan pada 2006 adalah sama seperti yang berlaku pada malam itu. Dia merupakan doktor yang merawat remaja yang terselamat dari kejadian misteri yang lalu.

Selepas dipujuk oleh Dr Saleha, Fahmi yang masih trauma menceritakan perkara misteri yang berlaku sebelum semua rakannya hilang dan meninggal dunia. Dirinya seakan memasuki dunia lain ketika berada di dalam banglo itu.

Selepas didesak bertubi-tubi oleh ketua kumpulan paranormal untuk menceritakan kisah sebenar, Fahmi memberitahu ada makhluk besar membunuh rakannya di banglo itu. Adakah makhluk itu hanya ilusi atau jelmaan yang dipuja oleh sekumpulan remaja sebelum ini?

Jom saksikan filem Banglo Seksyen 12 di pawagam berhampiran anda mulai 25 Januari ini!

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!