BELLA ASTILLAH JADI BARISTA BUBBLE TEA SEHARI, LAYAN LEBIH 500 PEMINAT DI IOI CITY MALL, SIAP ‘TAPAU’ DONUT TRUEDAN UNTUK AYDEN DAN ARA
Siapa sangka, Bella Astillah yang sering mencuri perhatian di atas pentas kini ‘bekerja’ di sebalik kaunter bubble tea? Sempena pembukaan rasmi cawangan pertama TRUEDAN di Malaysia, artis kesayangan ramai itu bertukar peranan menjadi barista sehari dan mencuba sendiri penyediaan Meteoric Brown Sugar serta Handmade Taiwanese Jelly. Aksinya itu mencuri perhatian apabila lebih 500 pengunjung membanjiri IOI City Mall sempena acara tersebut.
Di belakang kaunter, Bella sibuk memarut Meteoric Brown Sugar ikonik TRUEDAN serta memotong Handmade Taiwanese Jelly sambil melihat sendiri ketelitian dan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan setiap sajian. Beliau turut mengagihkan Signature Meteoric Brown Sugar Oolong Milk Tea with Taiwanese Jelly serta Taiwanese Crispy Milk Donuts yang digoreng segar kepada para peminat yang hadir memeriahkan acara tersebut.
Bella turut menyemarakkan lagi suasana pembukaan rasmi TRUEDAN di Malaysia dengan menghidangkan minuman, beramah mesra dan bergambar bersama peminat.
“Saya memang suka minuman ini, terutamanya Taiwanese Jelly. Teksturnya sangat sedap dan berbeza daripada topping yang biasa kita nikmati. Saya tak pernah jumpa yang macam ini di tempat lain. Meteoric Brown Sugar tu memang lain daripada yang lain! Selepas cuba menyediakannya sendiri hari ini, barulah saya tahu berapa banyak usaha yang diperlukan untuk menghasilkan setiap cawan,” kata beliau.
“Dan sudah tentu, Ayden dan Ara dah awal-awal pesan supaya saya bawa balik donut untuk mereka! Itu memang kegemaran mereka, jadi saya dah tahu memang akan tapau beberapa biji balik nanti,” katanya sambil ketawa.
Kehadiran Bella menceriakan lagi pembukaan rasmi cawangan pertama TRUEDAN di IOI City Mall 2, selepas tempoh pra-pembukaan selama sebulan yang memberi peluang kepada pengguna tempatan mencuba jenama popular dari Taiwan itu.
Bukan Sekadar Bebola Tapioka: Kenali Handmade Taiwanese Jelly TRUEDAN
Bubble tea sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, bagi TRUEDAN, masih banyak yang boleh diterokai di sebalik minuman popular itu. Antara yang paling mencuri perhatian dalam menunya ialah Handmade Taiwanese Jelly yang menawarkan tekstur lembut namun kenyal, sekali gus memberikan pengalaman menikmati bubble tea yang cukup berbeza.
Jeli tersebut juga antara produk yang sempat disediakan sendiri oleh Bella pada acara itu apabila beliau membantu memotongnya sebelum dimasukkan ke dalam minuman ikonik TRUEDAN. Satu lagi keunikan TRUEDAN ialah Meteoric Brown Sugar yang diparut segar di kedai dan bukannya ditambah dalam bentuk sirap.
Diinspirasikan daripada meteor yang melintasi langit, serpihan halus brown sugar ini menghasilkan kesan visual yang unik apabila gugur ke dalam minuman, sambil memberikan aroma dan rasa yang lebih kaya. Gabungan kedua-dua elemen ini dapat dinikmati menerusi Meteoric Brown Sugar Oolong Milk Tea with Taiwanese Jelly, salah satu minuman ikonik TRUEDAN.
Ya, Donut pun Ada!
TRUEDAN di Malaysia bukan hanya tentang minuman. Jenama itu turut memperkenalkan Taiwanese Crispy Milk Donuts, yang digoreng segar sejurus dipesan bagi menghasilkan lapisan luar yang rangup dengan bahagian dalam yang lembut dan gebu.
Donut tersebut ditawarkan dalam tiga pilihan perisa, iaitu Original, Kunafa Chocolate dan Kunafa Pistachio, yang menggabungkan snek gaya jalanan Taiwan dengan cita rasa yang cukup dikenali rakyat Malaysia.
Pada acara pembukaan rasmi itu, Bella mengagihkan minuman dan donut kepada pelanggan serta para peminat yang datang awal, menjadikan sambutan tersebut jauh lebih istimewa berbanding majlis perasmian biasa.
Tidak Sempat Bertemu Bella? Tawaran Percuma Diteruskan pada 6 September
Walaupun penampilan istimewa Bella berlangsung pada 5 September, sambutan pembukaan rasmi TRUEDAN masih belum berakhir. Tawaran minuman dan donut percuma diteruskan pada 6 September, memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung untuk mencuba produk ikonik jenama itu di IOI City Mall.
Pengunjung boleh menebus satu Signature Meteoric Brown Sugar Oolong Milk Tea with Taiwanese Jelly bersama satu Taiwanese Crispy Milk Donut secara percuma, selagi stok masih ada. Untuk menyertai promosi pembukaan rasmi tersebut, pelanggan hanya perlu mendaftar sebagai ahli TRUEfriend, program keahlian rasmi TRUEDAN.
Selain menikmati tawaran sempena pembukaan, ahli TRUEfriend turut berpeluang menikmati pelbagai manfaat eksklusif termasuk diskaun 15% pada hari Selasa sempena TRUEday, promosi minuman, serta baucar istimewa.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment