PAUSE & OOMPH LANCAR DUA PRODUK PENJAGAAN KETIAK BAHARU

Pause & Oomph, jenama penjagaan kulit tempatan berkomited untuk membawakan produk kecantikan yang suci dan semula jadi dengan pelancaran produk terbaharu bagi penjagaan ketiak iaitu Pause Natural Underarm Scrub (Tanpa wangian), dan juga Pause Natural Body Deodorant yang tersedia dalam dua wangian yang mempesonakan : Japanese Cherry Blossom dan Fresh Bamboo.


Bahagian ketiak merupakan salah satu bahagian tubuh yang sering terlepas pandang dalam rutin penjagaan kulit kita. Walaupun terdapat salah tanggapan bahawa berpeluh adalah sesuatu yang buruk, ia sebenarnya adalah tindak balas badan yang semula jadi dan sihat di mana mekanisme detoks untuk mengawal suhu dan membuang toksin. Namun begitu, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada ramai orang dalam rutin seharian mereka, terutamanya mereka yang ingin mengelakkan berpeluh dan berbau busuk.

Penggunaan deodoran dan produk antipeluh  tradisional boleh menyebabkan pori-pori tersekat dan menyebabkan kesan yang kurang disenangi seperti ruam, kehitaman, dan bau yang tidak menyenangkan. 

Pause & Oomph memperkenalkan dua produk baharu untuk penjagaan ketiak - dicipta untuk digunakan sebagai sebahagian daripada rutin ketiak dua Langkah untuk menangani masalah ketiak berbau pada peringkat asas.


Pertama sekali, dengan menggunakan Pause Natural Underarm Detox Scrub. Produk ini boleh membantu untuk menghilangkan bau terlebih dahulu dengan membuka pori-pori ketiak mereka. Ini menghilangkan kotoran dan bahan pencemar seperti peluh dan bakteria yang terperangkap, dan sebagai bonus, scrub juga menanggalkan sel kulit mati agar kulit terasa lebih lembut dan segar.

Disyorkan untuk kegunaan dua minggu sekali, produk ini mudah untuk digunakan. Hanya sapukan di bawah ketiak dan gosokkan secara perlahan. Apabila terasa bersih, anda hanya perlu membilasnya dengan air dan mandi secara biasa.



Langkah kedua dalam rutin penjagaan ketiak adalah Pause Natural Body Deodorant, yang dirumus dengan formula berasaskan air tanpa menyekat penghasilan semula jadi peluh tetapi ia meneutralkan kesan bakteria yang menyebabkan bau.

Deodoran ini tidak menyekat pori-pori dan pada masa yang sama mengatasi masalah bau ketiak dengan berkesan, menawarkan alternatif yang boleh dipercayai dan lebih sihat. Dengan dua pilihan haruman yang mempesonakan, Japanese Cherry Blossom dan Fresh Bamboo, si pemakai akan terasa lebih segar dan tidak memerlukan haruman dari minyak wangi untuk menutup bau badan.

Rangkaian produk penuh Pause & oomph tersedia di laman web rasminya dan juga Shopee, dengan penghantaran domestik dan juga antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://pauseandoomph.com/

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO