CITA RASA LEGENDA DI RESTORAN TAO CHINESE CUISINE, INTERCONTINENTAL KL SEMPENA TAHUN BAHARU NAGA


Sempena Tahun Naga yang bakal menjelang, InterContinental Kuala Lumpur membawakan set hidangan yang memberi erti tuah, diilhamkan dari makhluk mitos tersebut. Kumpulkan keluarga atau rakan-rakan untuk menikmati hidangan "makan besar" di petang ambang Tahun Baru Cina. Terdapat pelbagai pilihan menu yang terdiri daripada set hidangan, bufet dan juga hidangan "yee sang".

Seiringan dengan ketibaan Tahun Naga Kayu dalam kalendar Cina, InterContinental KL berhasrat untuk menyediakan hidangan yang bernutrisi dan sihat untuk semua. Buat pertama kali, hidangan yee sang menjadi hidangan "signatur" yang sesuai untuk mereka yang inginkan hidangan vegan. Hidangan ini menampilkan ramuan dari sumber tumbuhan seperti buah naga, star jelly & biji chia, dipersembahkan menyerupai seekor naga di dalam dulang. 

Renewal Set - RM1888+ untuk 10 orang semeja

Set Renewal menampilkan hidangan berkhasiat nasi goreng “Lei Cha" dengan sayur-sayuran. tauhu stim dengan kacang edamame, "daging kisar" berasaskan tumbuhan dan buah zaitun, dan campuran cendawan goreng dengan pes truffle hitam yang menjadi inti "money beg". 

Hidangan kegemaran ramai di Tao Chinese Cuisine - Itik London Panggang bakal disajikan dalam tiga cara masakan - Yee Sang dengan hirisan Itik London Panggang, Itik London Panggang ala Kirin, dan Gulungan Ayam Panggang tanpa tulang dengan sos bijan pedas dan itik London panggang.

Tao Chinese Cuisine merupakan restoran masakan Cina yang pernah memenangi anugerah Best Muslim-Friendly Chinese Restaurant at the Malaysia Tourism Awards 2022, yang diiktiraf oleh Kementerian Pelanconagn & Kebudayaan dan Tourism Malaysia. 

Menu Set 9 Hidangan Majestic

Pilih cita rasa kegemaran anda daripada rangkaian menu yang dihasilkan oleh Ketua Chef Tao, Chef Tommy Choong, yang menggabungkan masakan Kantonis dengan ramuan premium berkualiti dengan inovasi moden.

Antara hidangan yang harus dicuba adalah Double-boiled Chicken Soup with Dendrobium Orchid, Matsutake Mushroom & Fish Maw, Steamed Live Dragon Grouper with Wan Fungus, Shimeji Mushroom & Superior Fish Sauce and Kirin-style Roasted London Duck & Mandarin Orange dan banyak lagi.

Cubalah manisan Nyonya “ninko” yang telah distim dan dihidangkan dengan kelapa parut. 

● Majestic Set - RM2388+ untuk 10 orang semeja
● Ethereal Set - RM2888+ untuk 10 orang semeja
● Legendary Set - RM3688+ untuk 10 orang semeja
● Renewal Set - RM1888+ untuk 10 orang semeja
● Mystic Set - RM988+ untuk 4 orang semeja
● Radiance Set - RM1288+ untuk 6 orang semeja


Set Yee Sang Bertuah

Meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dengan sesi "Lou Hei" dengan set yee sang syang disediakan segar dengan ramuan premium.

● Yee Sang with Dragonfruit, Star Jelly & Chia Seed - RM118+ (half set) | RM208+ (full
set)
● Yee Sang with Shredded Roasted London Duck - RM138+ (half set) | RM238+ for (full
set)
● Yee sang with Abalone, Snow Crab Stick & Baby Octopus - RM208+ (half set) |
RM368+ (full set)
● Yee sang with Soft Shell Crab & Salmon Skin - RM148+ (half set) | RM258+ (full set)
● Yee Sang with Salmon & Crystal Pear - RM138+ for (half set) | RM238+ (full set)
● Ramuan tambahan tersedia dengan harga  RM30+ ke atas.

Yee Sang with Dragonfruit, Star Jelly & Chia Seed

Hidangan Bufet Perayaan

Jom makan sampai kenyang di Serena Brasserie.

Lunar New Year Reunion Dinner Buffet
9 Februari | 6:30 petang - 10:30 malam
RM258+ / seorang dewasa
RM129+ / seorang kanak-kanak (6 - 12 tahun)

Lunar New Year Long Lunch (CNY Day 1 & Day 2)
10 & 11 Februari | 12:30 tengah hari - 4:00 petang
RM 198+ / seorang dewasa
RM 99+ / seorang kanak-kanak (6 - 12 tahun)

*Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun boleh makan secara percuma

Blessings of Fortune & Glory

Para tetamu yang menjamu selera dengan set hidangan Tahun Baru Cina di InterContinental Kuala Lumpur berpeluang untuk memenangi 5,000 mata ganjaran  IHG One dengan perbelanjaan minimum RM2,888. Mereka juga akan menerima sampul angpow edisi terhad, dengan pembelian setiap set hidangan di Tao Chinese Cuisine.

Untuk menempah meja anda, sila layari intercontinentalklshop.com dan untuk pertanyaan, sila hubungi pasukan F&B di fnb.admin@ickualalumpur.com.my or 016 202 4623.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!