HISYAM RAHIM TAMPILKAN LAGU SINGLE SULUNG BERJUDUL 'HAL KITA'


"HAL KITA" single pertama dari Hisyam Rahim iaitu sebuah karya yang lebih cenderung kepada "Malay Minor Ballad" di mana melodi sememangnya untuk halwa telinga pendengar muzik tempatan.

Muhammad Hisyam Bin Abdul Rahim atau boleh dikenali sebagai HISYAM RAHIM anak kelahiran Kemaman, Terengganu yang sedang menjalani pengajian peringkat diploma dalam bidang seni persembahan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Bachok. Karier seni Hisyam bermula sejak dibangku sekolah lagi yang mana Hisyam sangat aktif dalam pertandingan nyanyian, pidato, tilawah Al-Quran serta persembahan pentas lain.

Beberapa pencapaian peribadi Hisyam dalam bidang nyanyian sangat menarik untuk dikongsi antaranya ialah :
-Juara Pertandingan Lagu Melayu Asli UMK (2021)
-Juara Pertandingan Megastarz 3.0 UMK (2022)
-Juara Pertandingan Lagu Patriotik Merdeka JKKN Kelantan (2023)
-Juara Pertandingan Lagu Patriotik JKKN Terengganu (2023)
-Juara Pertandingan Lagu Retro & Klasik Peringkat Negeri Kelantan (2023)

Baru - baru ini Hisyam Rahim telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Bintang Klasik 2023 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ini adalah pencapaian terbesar beliau sepanjang bergelar penggiat seni dan melalui program ini beliau juga dikenali dengan nama 'Sitara Hisyam'.

Walaupun 'forte' Hisyam lebih kepada lagu-lagu klasik akan tetapi beliau juga meminati serta boleh menyanyikan lagu berunsur 'pop ballad' dengan baik. Sebagai seorang pelajar diploma seni persembahan beliau mestilah mempunyai 'vocabulary' muzik yang meluas.

Lagu yang ditulis oleh 'Sternistic Mike' dan 'Mimpi', serta liriknya oleh 'Mimpi' diterbitkan bersama label muzik MAPMUSIC dan pengurusan oleh Shoreline Resources. Hisyam berharap "Hal Kita" mendapat tempat yang baik di hati pendengar.

Di samping itu Hisyam mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak media tempatan, produksi dan sesiapa sahaja yang menyokong beliau. "Hal Kita" boleh ditonton dan didengari di Youtube serta platform-platform digital seperti Spotify, Joox, Apple Music, Itunes, dan lain-lain bermula 22 Disember 2023.

Dekati Hisyam Rahim di media sosial:
I.G : _syamrahim
TikTok : @sitarahisyam

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM