ISS ARFAN DAN NADZIRA SHAFA LANCARKAN LAGU DUET KEDUA 'SEMPURNAKAN AKU'


‘Sempurnakan Aku’ merupakan duet kedua, kali ini menerusi projek kolaborasi istimewa antara dua negara, Iss Arffan dan Nadzira Shafa meneruskan karya mereka setelah duet pertama mereka berjudul Kekasih Hati.

“Takkan tergantikan engkau di dalam hatiku
Sungguh ku tak mampu lumpuhkan mu
Takkan pernah mungkin bisa ku bunuh cintaku
Karna ku yakin engkau sempurnakan aku
Karna ku yakin kau sempurna untukku”

Petikan rangkap lirik di atas merupakan bahagian utama lagu yang mana ianya menceritakan dan meluahkan rasa bersyukur atas kehadiran seorang pasangan yang telah mampu melengkapi hidupnya. Unsur romantis yang diterapkan dalam lagu ini juga diharmonikan lagi dengan nada vokal lembut Nadzira Shafa dan Iss Arffan serta melodi manis yang di kompos oleh Opang, produser Octav Panggabean dan susunan muzik oleh Ian Adrian & Bayu Pamungkas.

Dilancarkan pada hari Rabu bertarikh 17 Januari 2024 terbitan & edaran RPM (PT. Royal Prima Musikindo) di Indonesia dan edaran MAPMUSIC di Malaysia, lagu ini menjadi karya pertama bagi Nadzira Shafa dan Iss Arffan sebagai pembuka tahun 2024.

Duet kedua mereka yang berjudul Sempurnakan Aku ini boleh ditonton dan didengari di YouTube serta platform-platform digital seperti Spotify, Joox, Apple Music, iTunes, dan lain-lain.

Dekati mereka di media sosial:

Iss Arffan

Nadzira Shafa

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM