SEMARAKKAN TAHUN BAHARU CINA ANDA DI THE COFFEE BEAN & TEA LEAF® MALAYSIA DENGAN ‘OUR DRAGON’S QUEST’!


Mulai pengembaraan pertama 2024 anda dengan meraikan Tahun Baru Cina di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, disemarakkan dengan citarasa Valencia untuk membuka satu lembaran baru yang menarik! Sempena Tahun Naga yang amat bertuah ini, kami bakal membawakan menu bermusim kami yang terdiri daripada pelbagai minuman inovatif dan hidangan lazat, dengan suntikan nafas segar!

“Penerokaan, rasa ingin tahu, semangat pengembaraan – atas sebab inilah kami menamakannya ‘Our Dragon’s Quest’, atau ‘misi pencarian naga’! Semua ini adalah intipati semangat yang ingin kami bangkitkan dalam setiap orang, tatkala kita melangkah ke tahun baru dengan kemungkinan yang tidak terbatas serta pengalaman mengujakan! Selaras dengan komitmen kami terhadap inovasi, anda akan menemui ‘khazanah perisa baru’ dengan setiap destinasi perisa kami sepanjang tahun ini. Tahukah anda di mana persinggahan pertama kami? Sunshine Valencia!” kata Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues.

Jom raikan permulaan lembaran baru anda dengan minuman-minuman terbaru kami yang menyegarkan – Valencia Orange Sparkling Cold Brew Tea (kecil RM 16.90, biasa RM 18.50), Valencia Orange Cold Brew Sweet Tea (kecil RM 13.90, biasa RM 14.90) dan Valencia Orange Ice Blended® (kecil RM 16.70, biasa RM 17.70).

Bagi pencinta kopi, terokailah perisa baru kami yang menampilkan sentuhan sitrus yang segar dan bertenaga – Valencia Orange Sparkling Cold Brew Coffee (RM 16.90 kecil, RM 18.50 biasa).

Bagi melonjakkan lagi pengalaman anda, gandingkan minuman kami yang menyegarkan dengan kek Golden Prosperity dan Red Fortune yang menjiwai ‘kemakmuran’ dan ‘tuah’. Carrot Cake kegemaran sepanjang masa juga dibawa kembali untuk menambat selera anda, dengan satu simfoni perisa yang menonjolkan kemeriahan musim sambutan ini. Sementara itu, Lychee Grey Cake menyatukan kemanisan buah laici dan intipati Earl Grey dengan sempurna.

Lychee Grey Cake

Malah, kami juga membawa kembali Peaches & Cream Tart yang dirindui ramai untuk mencipta detik-detik menggmbirakan, ditambahkan lagi dengan Chocolate Macadamia Cookie dan Dragon Swirl yang enak, sesuai untuk anda yang mencari keseimbangan antara rasa manis and masin. Jika anda mengidamkan hidangan yang panas-panas lagi pedas, nikmatilah Fire Quacker Pizza dan Spicy Tuna Sandwich kami!

Fire Quacker Pizza

Lengkapkan pengalaman anda dengan barangan eksklusif Tahun Baru Cina yang bertemakan naga, iaitu koleksi cawan dan gelas yang menakjubkan, untuk mengisi ‘tuah’ dan ‘kekayaaan’ di samping menikmati minuman kesukaan anda! Barisan produk ini menampilkan reka bentuk bergaya seperti Casablanca Bean Dragon, Roros Bean Dragon, dan Chili Bean Dragon. Nantikan tambahan yang meriah ini di kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® yang berhampiran anda!

Berita baik buat para pelajar! Anda akan dapat menikmati promosi Student Exclusive kami yang berlangsung dari sekarang hingga 31 Disember 2024! Anda cuma perlu memakai pakaian seragam atau menunjukkan ID pelajar anda untuk mendapat The Original Mocha/Vanilla Ice Blended® (12oz) pada hanya RM10! Sudah tentu kami tidak melupakan ahli-ahli Kad TCB kami – kunjungilah pandu lalu kami untuk menjamah set bagel dan kopi hitam pada hanya RM18!

Sesi Beramah Mesra The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia x tokidoki

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mengumumkan kolaborasi istimewa dengan tokidoki, sebuah jenama gaya hidup ikonik yang diiktiraf di peringkat global, bagi memperhebat lagi pengalaman anda! The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia akan menjadi saluran untuk mendapatkan barangan tokidoki eksklusif, daripada pin enamel yang comel hinggalah tumbler yang wajib dijadikan koleksi. Barangan edisi terhad ini boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia mulai 23 Januari 2024 sementara stok masih ada. Di samping itu, ahli-ahli kad TCB berpeluang menikmati sesi pembelian pra-jualan eksklusif dari 20 hingga 22 Januari 2024. Oleh itu, jadilah antara yang pertama untuk memiliki barangan tokidoki edisi terhad ini sebelum pelancaran rasminya!


Untuk lebih keterujaan, tandakan kalendar anda untuk sesi beramah mesra dengan Simone Legno, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Kreatif tokidoki. Alamilah dunia tokidoki yang penuh keajaiban, saksikan sesi melukis langsung oleh genius seni itu sendiri, dan rebut peluang untuk mendapatkan tandatangan beliau pada barangan anda semasa sesi istimewa ini. Ikuti laman Instagram The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia untuk butiran lanjut tentang sesi beramah mesra itu yang bakal berlangsung pada 23 Januari di dua cawangan berikut:
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Sunway Pyramid 1:00PM – 2:00PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Lot 10 5:00PM – 6:00PM
Untuk lebih maklumat tentang tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari laman Facebook kami di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman web rasmi www.coffeebean.com.my.




Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!