KONSERT ‘NIDJI : PELANGI DI MIRI’ BAKAL BERCAHAYA DI MIRI!


Dibawakan oleh Northbound Events dengan kerjasama Space Two Sdn Bhd sebagai agensi artis dengan bangganya mengumumkan konsert sensasi ‘Nidji : Pelangi Di Miri’ yang akan memikat hati penonton pada 3 Februari 2024 nanti. Konsert yang menampilkan penyanyi terbaru, Ubay, ke dalam keluarga Nidji bakal menerajui kebolehan vokal luar biasa dengan aura energik Nidji dijangka membawa pengalaman baru kepada peminat-peminat setia di Miri.


Konsert yang bakal berlangsung di Eastwood Valley Golf & Country Club ini dijangka dihadiri oleh 2500 peminat dari yang bukan sahaja dari sekitar Miri dan Brunei malah mendapat perhatian dari Nidjiholics dari Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.


Konsert ini turut dimeriahkan dengan penampilan 2 kugiran tersohor tempatan, D_Va dan MonoSterio yang bertindak sebagai artis pembuka konsert ini. D_Va yang kini dianggotai oleh Kesha, Zarul, Don Guerzo dan Amar Hamka, sedang giat dalam proses rakaman EP terbaru mereka yang bakal terbit pada tahun ini. Penampilan mereka kali ini turut menjadi langkah pemasaran dalam usaha mempromosi single terbaru mereka ‘Insta Famous’ yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

D_VA

Monosterio juga tidak ketinggalan dalam mempromosikan kemunculan muzik video terbaru ‘Jerangkung’ pada 4 Januari lalu yang turut menjadi OST filem ‘Banglo Seksyen 12’. Mereka yang kini giat beraksi dalam sirkit muzik indie tempatan turut meluahkan kegembiraan mereka sebagai artis pembuka konsert ini yang juga mencoret permulaan perjalanan mereka pada tahun 2024.

MONOSTERIO

Tidak kurang juga, Nidji bakal melancarkan album baru mereka pada tahun ini yang bakal menyajikan Ubay buat pertama kali dalam album mereka selain repertoar yang mencakup hits terbaik Nidji, bersama dengan kejutan-kejutan khas untuk para peminat setia. Konsert ini akan menyaksikan pecahan yang dinamik, harmoni yang memukau, dan performa panggung yang luar biasa seterusnya bakal menjadi pengalaman tak terlupakan bagi peminat muzik di sekitar Miri.


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan band yang telah merevolusikan dunia muzik Indonesia ini, secara langsung di Miri dan sertai kami untuk pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.

Tarikh dan Masa: Sabtu, 3 Februari 2024
Pintu dibuka pada jam 5 petang
Konsert bermula pada 8.30 malam

Tempat: Eastwood Valley Golf & Country Club

Tiket: 
  • RM520 (rockzone) 2x Meet&Greet tickets
  • RM440 (rockzone) 2x Laskar Pelangi tickets
  • RM360 (type b) 2x Hapus Aku tickets
  • RM300 (type c) 2x Biarlah tickets

Tiket boleh didapati di ZOSO MUSIC atau secara atas talian di laman sesawang Ilassotickets.com. Sebarang pertanyaan mengenai tiket, sila hubungi 011 1943 1705.

Sponsor dan Rakan Media:
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan strategik dan penaja seperti Coms Creative Studio, Space Two Sdn Bhd, HN Erika, Ilassotickets.com, Pullman Hotel Miri sebagai penaja penginapan rasmi, Eastwood Valley Golf & Country Club , MiriFm sebagai radio rasmi, Zoso Music, Sarawak Tourism Board yang bersama menyokong menjayakan konsert ini dan turut dibantu rakan media seperti MIRIFM, Kelkatu TV yang telah menyokong konsert ini. Terima kasih kerana menjadikan Konsert Nidji di Miri suatu realiti yang memukau!

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!