ALDO MERAIKAN PEMBUKAAN RASMI CAWANGANNYA YANG KE-14 DI THE EXCHANGE TRX, KUALA LUMPUR


ALDO, jenama fesyen yang terkenal di peringkat global, dengan bangganya mengumumkan pembukaan rasmi cawangan ke-14nya di The Exchange TRX. Dengan pembukaan cawangan terbaru ini, ALDO secara tidak langsung mengukuhkan komitmennya sebagai jenama pilihan bagi seleksi kasut, bag dan aksesori bagi kalangan para peminat fesyen – tentunya kerana elemen gaya dan kualiti hebat yang sinonim dengan jenama itu.

Terletak di tengah-tengah lingkungan TRX dan juga laluan utama pusat membeli belah serta riadah bertaraf dunia itu, cawangan baru ALDO ini adalah bukti kepada kesungguhan jenama ALDO dalam menawarkan produk yang sentiasa mengikuti arus fesyen terkini yang sentiasa memenuhi pelbagai citarasa dan prioriti pengguna yang semakin sofistikated. Selain itu, penambahan cawangan terbaru ini juga merupakan tonggak penting dalam strategi pengembangan perniagaan ALDO, justeru meluaskan pengaruhnya terutama kepada peminat-peminat fesyen yang peka terhadap stail dan pemakaian bergaya di Malaysia.


Ditubuhkan pada tahun 1972, ALDO, jenama utama kumpulan, menggayakan fesyen kepada kumpulan pelanggan yang pelbagai pada harga berpatutan untuk gaya bermusim yang mewah. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aldogroup.com dan www.aldoshoes.com dan ikuti @aldo_shoes dan #AldoCrew di media sosial untuk mendapatkan kemaskini jenama ini.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL