'MENANTI SENJA' - HILANG KEPERCAYAAN ORANG TERCINTA, WUJUDKAH PELUANG KEDUA UNTUK MENGECAPI KEBAHAGIAAN?


Nama baik tercemar dan difitnah atas kesalahan yang tidak dilakukannya, dia kehilangan kepercayaan daripada isteri tercinta, dipisahkan dengan anaknya dan terpaksa menjalani hukuman penjara sebelum memperoleh peluang untuk membersihkan namanya. Wujudkah peluang kedua ataupun segalanya sudah terlambat bagi Syukri (lakonan Johan As’ari) untuk mengecapi kebahagiaan?

Menyusuli Hati Tercarik Luka di slot Samarinda, saksikan drama bersiri baharu Menanti Senja menggandingkan pelakon - pelakon hebat Malaysia seperti Johan As’ari, Trisha Ooi, Faizal Hussein dan Khatijah Tan pada 17 Januari 2024, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Drama bersiri 15 episod terbitan Anomali Media & Production merupakan idea asal daripada pengarah, Faizal Nadxaman dengan nukilan skrip oleh Shaza Talib. Menanti Senja mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah dan suami diuji apabila isteri dan anaknya dipisahkan daripadanya akibat kesalahan yang tidak dilakukannya.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Syukri (Johan As’ari) mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya, Mak Milah (Khatijah Tan). Syukri membuka sebuah kedai yang menawarkan servis memperbaiki alatan elektrik/elektronik dengan sahabat baiknya, Epul. Walaupun perniagaan mereka hanya kecil-kecilan, namun ia dapat menampung keluarga masing-masing.


Kehidupan sederhana Syukri berubah selepas berkenalan dengan Sarah (Trisha Ooi), anak kepada pemilik syarikat perindustrian kayu. Mereka berkahwin dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Suhana walaupun perkahwinan mereka tidak direstui oleh ayah Sarah, Kamal (Faizal Hussein).

Kamal telah menyuruh Syukri bekerja di kilangnya. Satu hari, Syukri dituduh pecah amanah. Malangnya, Syukri gagal membela diri dan dipenjarakan akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Setelah dibebaskan, Syukri telah bertekad untuk membersihkan namanya demi menambat hati Sarah semula dan mendapatkan hak jagaan anaknya Suhana. Adakah perjuangan cinta seorang suami dan ayah ini berpihak kepadanya?


Terkenal dengan watak Botak menerusi drama bersiri Juvana, sudah pastinya para peminat tidak sabar untuk melihat aksi Johan As’ari dalam drama terbaharu ini. Menurut Johan As’ari, “Saya tertarik dengan skrip Menanti Senja dan tidak ingin melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan pelakon senior, Faizal Hussein dan Khatijah Tan, serta Trisha Ooi, gandingan saya yang sangat senang bekerja. Watak Syukri banyak bermain dengan emosi dan ia agak berlainan dengan watak-watak yang pernah saya lakonkan. Seiring dengan usia pembabitan saya di industri ini, saya ingin menerokai kepelbagaian sisi watak dan menjadikan watak itu lebih hidup dan dekat dengan penonton. Terima kasih TV3 kerana masih mempercayai bakat lakonan saya. Semoga drama bersiri “Menanti Senja” mendapat tempat di hati peminat-peminat Johan As’ari.”

Jangan ketinggalan untuk menonton Menanti Senja menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

 

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO