SHILA AMZAH & NANCY SIT BERPADU SUARA DALAM LAGU TAHUN BAHARU CINA 'YEAR OF THE YO'


Pelakon Hong Kong yang disayangi ramai, Nancy Sit, dan sensasi pop Malaysian Shila Amzah berganding buat pertama kalinya untuk menghasilkan sebuah lagu Tahun Baharu Cina yang berjudul "Year Of The Yo." Video muzik bagi lagu ini bakal disiarkan pada 8 Januari ini. 

"Year Of The Yo" menggabungkan irama tradisional dengan sentuhan pop moden, mengtengahkan budaya Malaysia yang unik iaitu "Lou Sang". Lagu ini dinyanyikan dalam pelbagai bahasa termasuk  Mandarin, Kantonis, Inggeris,  dan Melayu. Lagu ini juga bakal menjadi lagu tema bagi filem Tahun Baharu Cina yang dibintangi oleh kedua artis ini. Filem tersebut bakal menjalani penggambaran di Malaysia dan dijadualkan untuk ditayangkan pada musim perayaan Tahun Baharu Cina 2025. Skrip filem tersebut masih dalam proses penulisan.

Muzik video "Year Of The Yo" diterbitkan bersama oleh Infinitus Entertainment, Sunstrong Entertainment, dan Woohoo Pictures, dengan tajaan daripada jenama kopi premium Chek Hup, dan Pavilion Hotel sebagai hotel rasmi, 


Bagi mempromosikan lagu "Year Of The Yo", Nancy Sit dan Shila Amzah bakal menghadiri sesi bertemu peminat pada 27 Januari 2024 (Sabtu) pada jam 2 petang di Sunway Velocity.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman Facebook My Happy Everyday.



Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN