VIETJET AIR RANGKUL ANUGERAH TERBAIK DALAM PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENERBANGAN

Ketua Pegawai Operasi Vietjet Michael Hickey (kedua dari kiri) menerima anugerah “Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Asia Tenggara”

Vietjet telah diberi pengiktirafan berganda oleh majalah kewangan antarabangsa terkemuka di dunia, International Finance. Syarikat penerbangan tersebut telah menerima anugerah "Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Asia Tenggara" dan "Pengurusan Kewangan Terbaik - Kategori Penerbangan – Vietnam”. Majlis penyampaian anugerah tersebut yang diadakan di Bangkok telah dihadiri oleh ratusan ahli perniagaan dan pemimpin global ternama.

Dianjurkan setiap tahun selama lebih sedekad oleh majalah kewangan dan perniagaan terkemuka yang beribu pejabat di United Kingdom, International Finance, Anugerah International Finance meraikan kecemerlangan dalam pelbagai sektor, termasuk kewangan, perbankan, penerbangan, insurans, tenaga, dan perkhidmatan.

Vietjet berbesar hati dengan penerimaan sebanyak 3 anugerah sempena Anugerah Kewangan Antarabangsa 2023

Vietjet telah mendapat pengiktirafan atas prestasinya yang cemerlang, terutamanya dalam usaha untuk memberikan pengalaman perjalanan udara yang terbaik kepada para penumpangnya. Syarikat penerbangan tersebut telah membawakan produk dan perkhidmatan penerbangan yang inovatif dan selamat pada tambang yang berpatutan secara konsisten. Vietjet juga telah diiktiraf dalam usahanya untuk memperluaskan rangkaian penerbangannya, meliputi sebahagian besar rantau Asia Pasifik. Dari segi pengurusan kewangan, syarikat penerbangan itu telah menunjukkan perolehan perniagaan yang positif dalam era pasca wabak dan komited terhadap pembangunan mampan dengan menumpukan usaha untuk mencapai piawaian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Ketua Pegawai Operasi Vietjet Michael Hickey, berkata: "Vietjet berasa bangga dalam menjadi syarikat penerbangan era baharu,memenuhi pelbagai permintaan pelanggan dan menjadi peneraju khidmat penerbangan yang sofistikated, moden dan mudah pada kos yang berpatutan bagi orang ramai dan pelancong dalam rantau ini dan di seluruh dunia. Pengiktirafan daripada komuniti perniagaan dan kewangan antarabangsa juga merupakan bukti kepada aktiviti kewangan Vietjet yang berkesan dan telus, mengukuhkan peranan utama kami dalam meningkatkan taraf ekonomi, perdagangan, pelancongan dan pada masa yang sama, menjadi rakan perniagaan yang boleh dipercayai dalam industri penerbangan global."

Vietjet kini mengendalikan lebih daripada 100 buah pesawat dengan rangkaian penerbangan yang luas meliputi Vietnam dan Thailand, serta laluan antarabangsa ke Malaysia, Australia, India, China, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Singapura, Kazakhstan dan selanjutnya. Syarikat penerbangan tersebut telah memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 185 juta orang penumpang di dalam negara serta antarabangsa. Dengan menawarkan pelbagai produk seperti program "Fly First – Pay Later” (Terbang Sekarang, Bayar Kemudian), insurans perjalanan percuma SkyCare, dan program kesetiaan pelanggan SkyJoy, Vietjet memastikan semua pelanggannya dapat menikmati pengalaman perjalanan yang komprehensif dan bermanfaat.

Para penumpang Vietjet boleh menikmati pelbagai hidangan yang enak, termasuk makanan tradisional Vietnam seperti Pho dan Banh Mi, serta makanan antarabangsa yang popular seperti ban kukus Shanghai, dim sum, makanan Halal, pasta Itali, nasi goreng Thai dan banyak lagi. Selain itu, penumpang juga boleh menikmati persembahan istimewa di dalam pesawat moden pada ketinggian 10,000 meter.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!