TUTAS PERTINGKATKAN PROGRAM SENI PERSEMBAHAN DENGAN PENGKHUSUSAN TARIAN DAN MUZIK


Taylor’s University dan The Actors Studio (TUTAS) membentuk kolaborasi dengan Young Choral Academy (YCA) dan ASK Dance Company (ADC) untuk memperkenalkan Pengkhususan Tarian dan Muzik baharu sebagai sebahagian usaha bagi meningkatkan lagi program Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Kepujian). 

Mengetuai pengkhususan Muzik ialah Cik Susanna Saw, pengarah Young Choral Academy. Seorang pendidik yang terkemuka di dalam arena seni muzik, Cik Saw menyampaikan kuliah dan mengarah koir di universiti tempatan selain terlibat di dalam pelbagai muzik antarabangsa dan tempatan, termasuk persatuan koir dan jawatankuasa-jawatankuasa. 

Beliau juga berperanan sebagai hakim di dalam pelbagai festival koir antarabangsa dan merupakan penceramah aktif di acara-acara pendidikan muzik. Profesor Dr. Joseph Gonzales, pengasas dan pengarah artistik ASK Dance Company, memimpin pengkhususan Tarian. Seorang pendidik yang terkemuka, memenangi banyak anugerah dan artis di dalam arena persembahan kesenian, kerjaya cemerlang Profesor Dr. Gonzales meliputi persembahan dan koreografi di dalam pelbagai genre tarian, teater, dan teater muzikal yang diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa. 

Pengkhususan Tarian menawarkan modul di dalam ballet, tarian kontemporari, tarian tradisional Melayu, hip hop, jazz dan Silat. Pelajar di dalam pengkhususan ini akan menerima pendidikan dan latihan mengenai fundamental tarian diajar oleh ikon-ikon terkemuka industri tarian, termasuk Profesor Dr. Gonzales. Pengkhususan Muzik pula mengandungi modul pengajian vokal, teater muzikal, kajian babak, pergerakan dan seni pentas, lagu dan repertory dan latihan pendengaran. 

Pelajar yang memilih untuk mengasah kemahiran di dalam bidang ini akan menjalani latihan diketuai oleh Cik Saw. 


“Kami berasa rendah diri dan teruja kerana mempunyai rakan kongsi yang dihormati seperti YCA dan ADC bekerjasama dengan TUTAS dalam mengembangkan skop program konservatori seni persembahan. Pengenalan bidang tambahan ini ditetapkan untuk meningkatkan program Ijazah Bacelor Seni Persembahan kami yang kini akan mempunyai tawaran yang lebih komprehensif kepada pelajar yang ingin mengejar minat mereka dalam pelbagai aspek dalam dunia seni. Memandangkan mereka kini berada dalam jagaan pemimpin industri yang pakar dan terkenal yang akan membantu mereka menemui suara artistik mereka, kami menantikan lebih banyak karya seni yang hebat oleh pelajar kami yang berbakat,” kata Profesor Barry Winn, Naib Chanselor, dan Presiden Taylor’s University. 

“Ini adalah impian yang menjadi kenyataan bagi kami untuk mengalu-alukan rakan dan kolaborator lama kami, ADC dan YCA, ke dalam keluarga TUTAS. Saya pasti ia adalah berita yang menggembirakan untuk golongan muda yang ingin menceburi bidang seni persembahan kerana bukan sahaja mereka dapat belajar daripada yang terbaik dalam setiap bidang, malah mereka kini dapat menerokai pelbagai genre seni persembahan di TUTAS,” kata Dato’ Dr. Faridah Merican, Pengarah Pembangunan Program, dan Pengasas Bersama Actors Studio. 

“Sebagai satu-satunya program konservatori seni persembahan, TUTAS sudah pun menarik pelajar dari serata dunia termasuk, Jepun, Korea, Indonesia, dan China selain pertukaran pelajar dari Belanda, Jerman dan Sepanyol. Pengenalan pengkhususan Tarian dan Muzik ini menjadikannya lebih menarik kerana pelajar-pelajar ini boleh mengakses bukan sahaja pusat persembahan kesenian yang lengkap yang berperanan sebagai kampus mereka tetapi juga kelebihan setiap rakan kongsi dari segi kepakaran, pengetahuan dan hubungan industri. Ia akan menjadi tempat sebenar di mana mereka boleh memilih untuk menjadi siapa mereka mahu,” tambah Encik Joe Hasham OAM, Pengarah Program Artistik, dan Pengasas Bersama The Actors Studio. 


Pengkhususan baharu Tarian dan Muzik akan mula ditawarkan kepada pelajar berminat pada April tahun ini. Untuk pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai program Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Kepujian) di bawah TUTAS, sila lawat https://bit.ly/BPASpecialisations.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!