KAJIAN BAHARU MENGAITKAN PENURUNAN STRES DAN PENAMBAHBAIKAN MOOD DENGAN PENGAMBILAN SUSU KULTUR


VITAGEN, jenama susu kultur yang terkemuka di Malaysia, teruja untuk mengumumkan penemuan daripada kajian klinikal terbaharu bertajuk “Influence of Lactobacillus-containing cultured milk drink Ameliorates Depression in irritable bowel syndrome” yang dijalankan oleh sekumpulan pakar daripada Kumpulan Penyelidikan GUT, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Diterajui bersama oleh Prof. Norfilza Mohd Mokhtar dan Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali, kajian ini merungkai kesan positif pengambilan probiotik, khususnya Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei, terhadap kesejahteraan mental dan kesihatan perut bagi individu yang mengalami sindrom iritasi usus (IBS).

Penemuan kajian tersebut adalah sangat memberangsangkan:
  • Sumber Kebahagiaan dan Kesejahteraan: Pengambilan VITAGEN telah dibuktikan secara klinikal dapat menambah baik kualiti hidup, dengan peningkatan sebanyak 7.1% dalam skor kualiti hidup. Di samping itu, minuman ini mempunyai impak yang besar terhadap kesihatan mental, mengurangkan skor kemurungan hampir 42%, berpotensi memainkan peranan dalam menyokong kesejahteraan emosi seseorang individu. Di samping itu, minuman ini juga didapati mampu menyumbang kepada kenaikan aras serotonin, iaitu elemen kimia yang turut dilabel sebagai “hormon gembira”, dengan peningkatan hampir sebanyak 47%.
  • Mengurangkan simptom IBS: Kajian mendapati bahawa pengambilan VITAGEN menunjukkan pengurangan yang signifikan sebanyak 42.1% dari segi simptom keparahan, kekerapan membuang air besar, dan sakit perut. Ia menyingkap kebolehan VITAGEN dalam mengurus kesihatan penghadaman selain meringankan beban pesakit IBS.
VITAGEN, sebuah jenama minuman susu kultur yang diasaskan pada tahun 1977, terkenal dengan rasanya yang enak serta dua strain probiotik yang telah dibuktikan secara klinikal. Sistem penghadaman yang sihat bukan sahaja meningkatkan proses penghadaman tapi juga memperkukuhkan sistem imun selain memainkan peranan yang penting dalam mengawal mood serta mengurangkan stres. Paksi usus-otak menghubungkan emosi dan fungsi-fungsi kognitif dengan usus. Modulasi bakteria usus melalui psikobiotik telah dikenal pasti sebagai satu alternatif yang berpotensi untuk menangani kemurungan. Terutamanya serotonin, iaitu elemen kimia pengawal mood yang mana 95% daripadanya dihasilkan oleh bakteria usus, serta 70% daripada sistem imun adalah terletak di dalam perut.

En. Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN berkongsi, "Kajian ini merupakan satu titik sejarah yang penting untuk VITAGEN kerana strain probiotik Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei juga terkandung di dalam VITAGEN bersama berbilion kultur probiotik hidup. Kami percaya bahawa penemuan ini akan memperkukuhkan lagi kedudukan VITAGEN sebagai jenama susu kultur terkemuka di Malaysia dan kami berharap dapat melihat banyak lagi penemuan-penemuan baharu yang dapat meluaskan pemahaman mengenai kepentingan peranan usus dalam kesejahteraan menyeluruh seorang individu.”

“Berbekalkan maklumat ini juga, kami akan terus mendidik dan mengingatkan orang ramai untuk mengutamakan kesihatan usus mereka demi kehidupan yang lebih berkualiti. Di VITAGEN, kami memahami betapa pentingnya kesihatan usus dan kami akan terus memperjuangkan kenyataan ini,” ujar Yap Jay Queen, Ketua Pemasaran bagi Cotra Enterprises.

VITAGEN kekal komited ke atas dedikasinya untuk mempromosikan kesihatan usus dan atas sebahagian daripada misi ini, syarikat tersebut akan terus mendidik dan memperkasa orang ramai untuk menjaga kesihatan usus mereka. Layari www.vitagen.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai VITAGEN serta memulakan perjalanan anda sekarang untuk usus yang lebih sihat.

Comments

Popular posts from this blog

VAKSIN DENGGI QDENGA® TAKEDA DILANCARKAN DI MALAYSIA BAGI KEGUNAAN INDIVIDU BERUSIA 4 TAHUN DAN KE ATAS

BOOST BANK MELANCARKAN APLIKASI BANK DIGITAL ‘EMBEDDED’ DENGAN RASMI KEPADA RAKYAT MALAYSIA