TIËSTO, THE KID LAROI, EAJ ANTARA LEBIH 40 BINTANG HANGATKAN RESORTS WORLD AWANA GENTING HIGHLANDS


Lebih daripada 40 bintang antarabangsa bersama karyawan tempatan dengan pelbagai genre muzik dan hiburan tanpa limitasi dihimpunkan sepanjang tempoh penganjuran sulung Festival Supalapa.

Festival Supalapa yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands. Pengunjung Festival Supalapa akan disajikan dengan sebuah acara yang gilang-gemilang dan akan meletakkan penanda aras yang baharu dalam penganjuran festival.

Tiësto, The Kid Laroi, EAJ, Somi, XG, Ali Gatie, Armani White, Tones and I, Ian Asher, Keemokazi, Paul Van Dyk, Rave Republic, Notep, antara lebih 40 nama bintang ternama antarabangsa yang sedia menanti peminat pada festival yang berlangsung selama dua hari ini.

Bersama mereka, bintang tempatan Yuna, Siaxse, Kidd Santhe, Talitha, Cluadia, Belle Sisoski,Jovynn, Coex, Forceparkbois & DJ Ziqq Axel Groovejuga siap membuat pengunjung teruja dengan persembahan mereka.

Dan di Festival Supalapa ini, pengunjung yang hadir boleh menikmati tiga genre muzik sekaligus dari EDM, Pop dan K POP. Ke semua genre muzik ini kemudian dipersembahkan dalam panggung masing-masing iaitu di “Live Stage”, “EDM Stage” dan “Pool Stage”!

Tidak cukup lagi, acara ini bukan sekadar hiburan berkaitan muzik tetapi di Festival Supalapa pengunjung akan melalui banyak pengalaman perdana kali yang tidak didapatkan dalam acara hiburan sebelum ini.

Di Festival Supalapa, melalui pembayaran secara sistem RFID yang pertama kali seumpamanya, pengunjung berhak menikmati pelbagai keseronokkan termasuk pengalaman di “Wrestling Ring”, “Bali Swing”, “Carnival Games” dan “Silent Cinema.”


Pengerusi Maestro Production And Prodigy 1 Nation, Parthiban Murugaiya pula menyifatkan Festival Supalapa akan menjadi tanda aras pesta hiburan di Malaysia yang akan dinantikan setiap tahun.

“Kami berharap penganjuran pertama Festival Supalapa akan menjadi acara yang tahunan yang ditunggu-tunggu kerana pengunjung telah menemukan semua jenis hiburan bukan sekadar muzik di dalam satu festival.

“Apa yang penting juga adalah Festival Supalapa mampu membantu melonjakkan nama Malaysia dalam kalangan pelancong dari luar negara kerana di sini mereka akan menemukan sebuah hub hiburan setaraf penganjuran antarabangsa.

“Dan tentu sahaja melalui Festival Supalapa dengan menghimpunkan lebih 40 bintang atau karyawan seni, penganjuran acara ini menjadi platform terbaik buat pemuzik tempatan berkongsi pentas sekaligus mendapat pengalaman menerusi kemunculan bintang antarabangsa. Kami juga mahu Supalapa menjadi sebuah jenama global untuk festival muzik bagi dunia,” ujar Parthiban.

“Festival Supalapa bukan sekadar tentang hiburan tetapi bagaimana kami memberikan keseronokan tanpa limitasi sesuai dengan objektif penganjuran iaitu menjadi hub hiburan yang membuat pengunjung sentiasa teruja.

Spencer Lee, Naib Presiden Kanan Jualan, Pemasaran & MICE Resorts World Genting, menyebut “Setelah melalui perubahan besar, Resorts World Awana hari ini merupakan destinasi riadah bertaraf dunia di mana anda boleh mengatur percutian bertemakan alam semula jadi buat diri anda sendiri atau menikmati masa tenang bersama ahli keluarga di tengah-tengah kehijauan dan udara gunung yang sejuk.”

“Supalapa akan menjadi festival muzik yang tidak pernah dilangsungkan sebelum ini, pengalaman muzik yang menyeronokkan dan menarik di Resorts World Awana,” kata Pengarah Festival, Addam Al Maleq.

Alami pengalaman luar biasa yang dipenuhi dengan keseronokan tanpa had di Festival Supalapa. Rasai semuanya di Festival Supalapa pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana.

Prodigy 1Nation bersama rakan kongsi acaranya Maestro Productions telah melaksanakan pelbagai konsert yang berjaya dan ‘sold out’ di seluruh dunia di seluruh Eropah, Kanada dan Asia. Ini adalah festival muzik pertama mereka di Malaysia.


Dengan semua keseronokan yang akan dinikmati tanpa limitasi ini, jangan terlepas temujanji anda di Festival Supalapa pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana.

Sebarang pembelian tiket boleh layari supalapa.com

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!