LUSH MALAYSIA MEMBUKA CAWANGAN KE-10 DI SURIA KLCC
Syarikat kosmetik segar buatan tangan yang diasaskan di Britain, Lush, meluaskan jangkauan produknya di Malaysia menerusi pembukaan kedai kesepuluh di Suria KLCC, Kuala Lumpur. Sejak mula bertapak dalam pasaran Malaysia pada 2018, Lush telah mengukuhkan jenamanya dengan kewujudan sepuluh buah cawangan di Lembah Klang, Johor, Kuantan dan Pulau Pinang. Kini, Lush terus mencipta revolusi kosmetik untuk menyelamatkan planet ini melalui produk dan kempen kelestariannya yang memfokuskan kepada hak manusia, haiwan dan alam sekitar dengan pelancaran kedai terbarunya ini.
Pada masa yang sama, Lush Malaysia kekal teguh dalam komitmennya terhadap pemuliharaan alam sekitar menerusi inisiatif penanaman terumbu karang. Ia turut dikenali dengan inovasi produk bebas pembungkusan yang berjaya menjimatkan 13.8K tan plastik di seluruh dunia sebagai penzahiran kepada kesungguhan Lush dalam menjayakan agenda kelestarian alam. Lush berjaya menghindari penggunaan plastik bersamaan dengan berat 76 ekor ikan paus biru menerusi pengenalan produk bebas pembungkusan ('naked products') seperti bom mandi, pepejal syampu, dan ketulan perapi rambut.
Pengarah Lush Malaysia, Dr Harvinder Harchand |
Pengarah Lush Malaysia, Dr Harvinder Harchand, berkata, “Di kedai kami, pelanggan boleh merasai sendiri pengalaman membeli produk Lush yang dijual tanpa pembungkusan, yang lebih dikenali sebagai 'naked products'. Idea di sebalik produk bebas pembungkusan ini adalah untuk mengurangkan kos yang lazimnya ditanggung kerana pembungkusan, dan ia secara langsung membolehkan produk dihasilkan menggunakan bahan yang lebih baik, sesuai untuk keperluan pelanggan.”
Lush terus mempromosikan tanggungjawab sosial melalui skim Charity Pot dan Bring It Back dalam menjayakan inisiatif mesra alamnya. Bagi tujuan ini, Lush memperuntukkan 100% daripada hasil jualan (selepas ditolak cukai tempatan) krim tangan dan badan Lush, Charity Pot, sebagai geran kepada kumpulan yang memperjuangkan perlindungan haiwan, alam sekitar dan hak asasi manusia. Geran ini disalurkan untuk membiayai kumpulan-kumpulan kecil pada peringkat akar umbi yang berperanan sebagai pemacu perubahan radikal, dan mengutamakan projek yang bertujuan untuk mencipta perubahan jangka panjang pada peringkat setempat.
Skim Bring It Back menggalakkan pelanggan untuk memulangkan bungkusan dan bekas kosong ke kedai Lush, sekali gus menyumbang kepada pengurangan sisa plastik dan memupuk sistem kitar semula gelung tertutup (closed-loop recycling system). Menyedari bahawa hanya kira-kira 9-12% plastik dikitar semula di seluruh dunia, skim kitar semula yang mudah ini membolehkan pelanggan Lush di Malaysia yang layak untuk menukar mana-mana barangan yang tersenarai sebagai Qualifying Lush Packaging dengan potongan sebanyak RM3.00 ke atas pembelian di kedai Lush. Sebagai alternatif, pelanggan boleh membawa lima bekas kosong hitam atau jernih Lush, dan mereka akan diberikan topeng muka segar percuma. Sistem kitar semula gelung tertutup ini membantu Lush untuk mengurangkan sisa plastik yang lazimnya berakhir di tapak pelupusan sampah, dan mengitar semula sepenuhnya bekas polipropilena (PP) hitamnya untuk menghasilkan pembungkusan baharu.
Dr Harvinder seterusnya menegaskan “Di Lush, kami percaya bahawa perniagaan perlu beroperasi secara beretika dan semua urus niaga perlu dilakukan dengan adil. Pendirian ini dicerminkan menerusi produk kami dan cara kami berniaga. Seperti diketahui ramai, pengguna kini semakin teliti tentang impak produk yang mereka beli. Kami ingin memastikan bahawa apabila pelanggan membeli produk kami, ia bukan sahaja bermanfaat tetapi selari dengan nilai yang mereka pegang. Pelanggan perlu yakin bahawa penghasilan produk Lush dilakukan secara beretika dan selamat - bermula daripada peringkat perolehan bahan mentah sehinggalah apabila ia sampai ke tangan mereka.”
Kakitangan Lush bersedia untuk memberi khidmat nasihat kepada pelanggan di kedai-kedai Lush bagi meningkatkan tahap kesedaran dan pemilihan produk yang lebih baik. Usaha ini akan membantu menghubungkan pelanggan dengan produk yang memenuhi keperluan dan memberikan nilai terbaik untuk wang mereka.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang produk Lush, nilai-nilainya, dan pelbagai inisiatif etika yang dijayakan oleh jenama kosmetik ini, layari https://lush.my/.
Comments
Post a Comment