SEPUTAR SIDANG MEDIA & MALAM GALA FILEM 'PENDEKAR AWANG - DARAH INDERA GAJAH'


KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli untuk merasmikan tayangan perdana filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah di pawagam GSC, IOI City Mall baru-baru ini.


Diiringi Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Pengerusi Eksekutif dan Penerbit Filem Studio Kembara Sdn Bhd Abdul Rahman Mt Dali, Seri Paduka meluangkan masa hampir dua jam menonton filem tersebut bersama barisan pelakon termasuk Fattah Amin, Nur Fazura Sharifuddin dan Nur Heliza Helmi.


Filem yang menelan kos sebanyak RM12 juta diarahkan bersama oleh dua orang pengarah iaitu Shahruddin Dali dan Saiful Reza.











Filem susulan Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan, Pendekar Awang berkisar tentang peristiwa selepas kebangkitan pahlawan Melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang. Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat.

Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran.





Barisan pelakon Pendekar Awang - Fattah Amin, Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafisu, Nam Ron, Amir Ahnaf, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Tissa Biani, Amerul Affendi, Geoff Andre Feyaerts, Hasnul Rahmat, Ruzaidi Rahman, Syed Ali Murtadha dan Ali Karimi


Filem ini akan ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara bermula pada 11 Januari 2024.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM