KITKAT® MEMERIAHKAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA RAKYAT MALAYSIA BERSAMA KITKAT® GOLDEN DRAGON!


Rakyat Malaysia sentiasa mencari produk konfeksi bermusim yang menarik dan ingin mencuba perisa baharu, terutamanya semasa musim perayaan. Sentiasa berusaha memenuhi harapan rakyat Malaysia, KitKat® dari Nestlé mengalu-alukan Tahun Naga 2024 yang membawa tuah dengan pelancaran KitKat® Golden Dragon. Coklat edisi terhad yang inovatif, sempena sambutan Tahun Baru Cina. KitKat® dihasilkan di Chembong, Negeri Sembilan, yang merupakan pusat pengeluaran produk bagi pasaran ASEAN.

Produk baru yang menarik ini adalah KitKat® pertama di seluruh dunia yang menggunakan teknologi 'Farbling' untuk menghasilkan corak sisik Naga yang menakjubkan pada coklat. Teknologi ini membolehkan penciptaan reka bentuk yang rumit, berilhamkan sisik Naga mitos yang menyerlah dengan kombinasi warna-warna semula jadi dan terang dalam rona merah dan kuning keemasan. Visual menarik KitKat® Golden Dragon yang terdapat di jejari coklat pastinya menghidupkan semangat Naga - yang menjadi lambang kuasa, tuah dan kemakmuran dalam budaya masyarakat Cina - menjadikannya pilihan snek mahupun hadiah yang sempurna untuk musim perayaan.

KitKat® Golden Dragon merupakan edisi di luar kelaziman yang menampilkan perisa Zesty Orange yang lazat. Hasil kajian daripada Mintel menunjukkan bahawa perisa bermusim menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna, dengan perisa oren sebagai trend coklat bermusim yang utama, disamping perisa lain seperti kurma, cranberi, malt dan salted caramel. Keseimbangan sempurna antara rasa segar oren serta kemanisan coklat susu yang halus dalam adunan wafer KitKat® rangup menawarkan pengalaman yang merangsang deria dan nikmat yang memikat selera.

Menurut Carlota Casellas, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Confectionery, “KitKat® Golden Dragon bukan hanyalah snek coklat biasa. Edisi terhad ini menandakan satu mercu jaya penting bagi kami, kerana Malaysia ialah pasaran pertama di dunia untuk melancarkan coklat KitKat® baharu dengan kombinasi teknologi Pemarmaran dan Pemudaran (Farbling). Kami teruja untuk membawakan pengalaman snek luar biasa kepada rakyat Malaysia, yang bukan sahaja sejajar dengan slogan terkenal KitKat®, 'Have a break, Have a KitKat®', tetapi juga mencipta detik-detik bermakna dan mengeratkan tali silaturahim bersama rakan dan keluarga.”

Bagi meraikan pelancaran KitKat® Golden Dragon, satu acara khas telah diadakan di Sunway Velocity Mall di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kumpulan Tarian KitKat® Golden Dragon telah menghiburkan hati pengunjung dengan persembahan tarian naga yang memukaukan. Acara tersebut dipenuhi dengan aktiviti menarik penuh kemeriahan serta memberi inspirasi untuk pengunjung yang sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Tahun Baru Cina yang meriah.

Sempena sambutan perayaan, KitKat® memperkenalkan rangkaian koleksi KitKat® Golden Dragon edisi terhad, termasuk pek tunggal 4 Jejari edisi terhad baharu, Beg Kongsi 8 x 2 Jejari, Tin Hadiah Logam Tahun Baru Cina Naga KitKat®, Pek Cele-break khas, dan Beg Serba Guna Edisi KitKat® x Artis Malaysia yang direka khas secara usaha sama dengan artis tempatan, Cassey Gan dan Cloakwork. Sebagai sebahagian daripada rangkaian menarik ini, KitKat® sangat teruja untuk memperkenalkan aiskrim KitKat® U ZU, hidangan lazat yang disaluti dengan perisa yuzu, dilengkapi dengan wafer rangup dan oren kering di atasnya. Aiskrim edisi terhad yang dijual pada musim perayaan ini menambahkan sentuhan unik dan keseronokan kepada pengalaman KitKat®.

Sertai Peraduan KitKat® LÓNGevity, yang berlangsung sehingga 20 Februari 2024! Dengan pembelian coklat KitKat® dan/atau aiskrim KitKat® bernilai sekurang-kurangnya RM10, peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik berjumlah lebih RM318,888* (tertakluk kepada Terma dan Syarat). Antara ganjaran hebat yang diberikan termasuk:
  • 1x Hadiah Utama Bulanan: 2 buah Kereta Elektrik BYD Dolphin bernilai RM99,900 setiap satu
  • 5x Hadiah Mingguan: 40 unit Hadiah Wang tunai RM888
  • 76x Hadiah Mingguan: 608 unit Pin tambah nilai Touch ‘n Go eWallet bernilai RM88 setiap satu
  • 5x Hadiah Harian: 285 unit e-Baucar Grab bernilai RM88 setiap satu
Dengan perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir, kami menjemput rakyat Malaysia untuk berehat sebentar bersama KitKat®, dan memeriahkan lagi sambutan tahun ini dengan KitKat® Golden Dragon!



Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!