BOOST MEMPERLUASKAN PENYELESAIAN PAYLATER KE SELURUH NEGARA MENERUSI BOOST PAYFLEX
Boost, peneraju fintech (teknologi kewangan)
serantau, terus meluaskan penyelesaian PayLater patuh Shariah, Boost PayFlexTM, kepada semua transaksi dalam
aplikasi, di samping pembayaran kod QR. Menerusi penyelesaian inovatif ini,
pengguna dengan akaun Premium Wallet di aplikasi Boost yang telah dipra-skor,
boleh menikmati akses lebih meluas kepada saluran kredit terkawal patuh
Shariah. Saluran kredit tersebut boleh digunakan untuk melanjutkan tempoh
pembayaran menjadi ansuran sehingga 3 bulan di lebih 1.8 juta peniaga DuitNow
QR di Malaysia. Ia juga boleh digunakan untuk menambah baki eDompet, yang akan
membolehkan pilihan PayLater bagi segala transaksi dalam aplikasi Boost,
termasuk pengurusan bil, beli-belah dalam talian, penghantaran makanan, dan
lain-lain.
Sebagai peneraju fintech yang dikawal selia, Boost memastikan kemudahan kreditnya ditawarkan secara bertanggungjawab, dengan memperibadikan saluran kredit berdasarkan penilaian kemampuan setiap pengguna. Selain itu, sebagai produk patuh Shariah berdasarkan konsep Murabahah Komoditi, perjalanan pengguna Boost PayFlex direka untuk memberi penjelasan yang telus bagi semua caj. Untuk ansuran 3 bulan, terdapat fi wakalah sebanyak RM10 bagi setiap transaksi dan kadar keuntungan 2.5% sebulan*. Bagi pilihan 30 hari, terdapat fi wakalah sekali-bayar sehingga RM10 bagi setiap transaksi, tanpa kadar keuntungan. Pengguna juga akan dimaklumkan lebih awal dan diberi peringatan membabitkan tempoh bayaran balik, bersama-sama dengan caj lewat sebanyak 1% setahun*.
Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO), Boost, berkata: “Kami kekal teguh dengan komitmen kami untuk memenuhi permintaan pasaran dan memacu keterangkuman kewangan yang lebih luas menerusi ekosistem fintech kami yang kukuh. Pengalaman pembiayaan kami selama bertahun-tahun telah memperkasakan kami untuk kekal sebagai peneraju inovasi yang mengamalkan pembiayaan bertanggungjawab. Setelah menyediakan kemudahan pembiayaan mikro kepada PMKS, kami kini mengembangkan lagi kemudahan ini kepada lebih ramai pengguna, agar rakyat Malaysia memiliki fleksibiliti kewangan yang lebih menyeluruh.
Karthik Bhaskaran, Ketua Pegawai Produk & Inovasi, Boost, pula menambah: “ Kepercayaan dan keyakinan pelanggan adalah keutamaan kami. Setiap langkah dalam membangunkan Boost PayFlex telah dipandu dengan teliti oleh komitmen kami untuk memperkasakan pengguna untuk mengawal perbelanjaan dan mengurus kewangan mereka dengan lancar. Saluran kredit terkawal Boost PayFlex ditawarkan secara bertanggungjawab, disesuaikan berdasarkan penilaian kemampuan setiap pengguna, melindungi pelanggan sambil memberi akses yang luas kepada pembayaran fleksibel di seluruh negara, dalam dan luar talian, di aplikasi fintech kami. Matlamat kami adalah untuk memacu keterangkuman kewangan melalui pembiayaan yang bertanggungjawab.”
Untuk mengakses penyelesaian Boost PayFlex, pengguna terlebih dahulu perlu melengkapkan pengesahan e-KYC dengan menaik taraf ke akaun Premium Wallet Boost secara percuma. Setelah naik taraf disempurnakan, pengguna yang layak boleh melengkapkan proses pengaktifan untuk Boost PayFlex, termasuk kontrak perjanjian terperinci dan pra-kebenaran kaedah pembayaran*. Setelah pengaktifan berjaya, pengguna boleh melihat dan menggunakan saluran kredit masing-masing pada halaman ‘Boost PayFlex’, di mana perbelanjaan tertunda dan jadual pembayaran balik boleh dipantau pada masa nyata.
Bagi setiap ringgit yang dibelanjakan melalui Boost PayFlex, pengguna akan menerima sehingga 3 Boost Stars, berdasarkan kedudukan BoostUP masing-masing. Semua Boost Stars terkumpul boleh ditebus untuk mendapat lebih banyak penjimatan dan ganjaran melalui Program Kesetiaan BoostUP, seperti diskaun langsung Pay With Stars, baucar tunai Partner Wallet, dan banyak lagi*.
Untuk maklumat lanjut tentang Boost PayFlex, sila layari: https://myboost.app.link/KLv9RIsqdDb
Comments
Post a Comment