WONDER 7 GLOBAL & BOOST JALIN KERJASAMA UNTUK BANTU MSME


Wonder 7 Global Sdn Bhd dan Boost, cabang fintech Axiata, telah membentuk kerjasama untuk menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman kepada lebih daripada 100 peniaga dan usahawan mikro Wonder 7 Global di Malaysia melalui Boost Credit, pembiaya alternatif digital.

Kerjasama antara Wonder 7 Global Sdn. Bhd. dan Boost Credit menyediakan platform untuk peniaga menikmati pembiayaan yang cepat dan lancar untuk membantu mereka dalam meningkatkan perniagaan mereka dan memudahkan perolehan aliran tunai yang lebih lancar.

Boost Credit memanfaatkan teknologi digital seperti kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan dan insuran digital. Matlamat mereka adalah untuk memperkasakan perniagaan atau Micro, Small & Medium Enterprise (MSME) yang kurang mendapat perkhidmatan di Malaysia dengan perkhidmatan kewangan digital yang cepat dan mudah, yang boleh membantu menyumbang ke arah aspirasi perniagaan mereka dan menjadi sebahagian daripada ekonomi digital.

Eric Khor, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Wonder 7 Global

Menurut Eric Khor, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Wonder 7 Global, “Kami sedar sepenuhnya tentang risiko dan cabaran yang dilalui oleh peniaga dan usahawan mikro dalam operasi perniagaan harian mereka. Sebagai perusahaan sosial, matlamat kami sentiasa adalah untuk memastikan syarikat kami memberikan yang terbaik kepada orang yang berhubung dengan kami. Sebagai sebahagian daripada matlamat dan janji itu, Wonder 7 Global Sdn Bhd menyediakan kepada peniaga dan usahawan mikro dengan Perlindungan Perniagaan PKS (Perusahaan Kecil & Sederhana) yang komprehensif di samping kemudahan pembiayaan.”

Perlindungan Perniagaan PKS yang komprehensif menawarkan pelbagai faedah kepada peniaga dan usahawan mikro. Perlindungan meliputi kerugian atau kerosakan pada bangunan termasuk sebarang lengkapan dan/atau kandungan yang berada dalam bangunan termasuk produk atau bekalan, perabot, perkakas dan peralatan, daripada kejadian tertentu seperti kebakaran, kilat (tidak termasuk lonjakan kuasa), letupan yang disebabkan oleh gas yang digunakan untuk tujuan domestik, pesawat termasuk barang lain yang jatuh daripada udara, tangki air, radas atau paip domestik yang pecah atau melimpah, taufan, ribut kencang dan banjir.

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Boost

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkata, “Dua tahun yang lalu telah membawa keperluan untuk menyediakan perniagaan, terutamanya PKS dengan akses mudah kepada pembiayaan dan perlindungan untuk mengekalkan atau mengembangkan perniagaan mereka. Kerjasama dengan Wonder 7 Global menawarkan tawaran kewangan digital dan insurans digital MSME mereka yang dipermudahkan untuk menyokong mereka dalam mencapai matlamat perniagaan mereka tanpa kebimbangan kewangan. Kami berharap kemudahan pembiayaan dan pelan perlindungan perniagaan yang ditawarkan akan mengecilkan jurang rangkuman kewangan dalam kalangan PKS.”

“Wonder 7 Global Sdn Bhd percaya, dengan tawaran Perlindungan Perniagaan PKS, peniaga dan usahawan mikro boleh menjalankan perniagaan mereka dengan fikiran yang tenang.”

“Kerjasama antara Wonder 7 Global Sdn. Bhd. dan Boost Credit akan membawa perkongsian kami kepada satu langkah penting ke hadapan. Ia penting dalam membolehkan kami berjaya mengeksploitasikan cabaran yang penting untuk memacu kemampanan dan kejayaan jangka panjang peniaga dan usahawan mikro.”


Wonder 7 Global boleh dihubungi di www.wonder7global.com.my atau boleh diikuti di Facebook (facebook.com/Wonder-7-Global-Malaysia) dan juga di Instagram (Instagram.com/wonder7global_malaysia).

Feature photo by: Online selling photo created by jcomp - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!