KUASA BERTEMU GAYA - BESPOKE JET™ KINI DI PASARAN MALAYSIA



Samsung Malaysia Electronics hari ini mengumumkan ketibaan Bespoke Jet™ di Malaysia, pembersih hampagas tanpa wayar dengan Clean Station™ semua-dalam-satu yang memberikan prestasi pembersihan yang bersih sehingga 99.999% dengan sistem penapisannya pelbagai lapis yang efisien. Penuh dengan inovasi, Bespoke Jet™ juga mendapat pengiktirafan sebagai penerima penghormatan di Anugerah Inovasi CES 2021.

“Kami berasa sangat teruja ketika kami mengumumkan pengembangan barisan Samsung Bespoke dengan Bespoke Jet™ di CES 2022 pada Januari lalu,” kata Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Elektronik. “Kebersihan yang baik amatlah penting dan pembersih hampagas adalah alat yang perlu ada dalam mana-mana isi rumah untuk membantu dalam melakukan rutin pembersihan mereka. Bespoke Jet™ ialah penjelmaan sempurna jenama Samsung Bespoke dan kini, rakyat Malaysia boleh menikmati peranti yang bukan sahaja berkuasa tetapi juga boleh dipadankan dengan reka bentuk dalaman kediaman mereka.”

Prestasi Pembersihan Kebersihan

Bespoke Jet™ menampilkan fungsi Clean Station™ semua-dalam-satu yang memastikan ruang pemilik rumah sentiasa dalam keadaan yang bersih semasa pembersihan. Sebaik sahaja ia digunakan anda tidak perlu risau tentang mengotorkan tangan anda dan hanya perlu bergantung pada Clean Station™ untuk langkah seterusnya. Ia secara automatik mengosongkan tong habuk dengan berkesan tanpa melepaskan habuk halus kembali ke persekitaran anda dengan bantuan teknologi Air Pulse Samsung. Ia juga mengecas pembersih hampagas secara automatik apabila anda selesai menggunakannya.

Sistem penapisannya yang mempunyai banyak lapisan memastikan udara bersih dibebaskan kerana ia memerangkap 99.999% habuk halus manakala beg habuk anti-bakteria menghalang 99.99% pertumbuhan bakteria. Siklon utama dan penapis jeriji mesh memerangkap zarah habuk yang lebih besar, siklon jet dan penapis mikro menangkap habuk halus manakala penapis habuk halus menghalang pelepasan habuk mikro ke udara. Tambahan pula, tong habuk dan sistem berbilang siklon boleh dibasuh seluruhnya, memberikan anda ketenangan fikiran untuk pembersihan menyeluruh selepas menggunakannya.

Reka Bentuk Ringan dan Mudah

Pembersih hampagas tanpa wayar ini dilengkapi dengan Motor Inverter Digital yang telah dipertingkatkan daripada model terdahulu untuk memberikan prestasi pembersihan yang lebih baik. Ianya 47% lebih ringan, berputar pada 135,000rpm, memberikan kuasa input 580W dan kuasa sedutan sehingga 210W.

Dengan berat 1.44kg ia menjadikan rutin pembersihan anda kurang memenatkan dan lebih mudah untuk digunakan di sekitar sudut dan celah rumah anda. Bespoke Jet™ juga dilengkapi dengan bateri berkuasa yang mengekalkan sedutan selama satu jam – yang boleh diganti dengan bateri ganti dengan mudah jika anda memerlukan masa pembersihan yang lebih lama. Teknologi unik Samsung juga memastikan bahawa prestasi pembersih hampagas anda kekal pada 70% walaupun selepas 500 kitaran.

Bespoke Jet™ didatangkan dengan Paparan Digital LCD yang menyokong 28 bahasa. Paparan ini memberikan anda semua maklumat yang anda perlukan daripada tetapan tahap sedutan dan masa berjalan serta mesej ralat – seperti tersumbat, kehilangan penapis dll. – dan langkah penyelesaian untuk membetulkan isu tersebut.

Pengalaman Pembersihan yang Mudah dan Berkuasa

Lampiran berus yang baru dinaik taraf juga diperkenalkan untuk mengiringi Bespoke Jet™ anda yang bergaya. Untuk membantu anda membersihkan lantai anda dengan lebih baik, pembersih hampagas ini juga dilengkapi dengan fungsi Spray Spinning Sweeper yang menampilkan sepasang pad basah berputar yang berputar selama 100 minit. Ia juga dilengkapi dengan tangki air 150ml untuk penyemburan yang lebih banyak secara manual untuk pengalaman pembersihan yang lebih lama.

Untuk pembersihan yang berkuasa, berus Jet Dual menampilkan gabungan nilon dan bulu getah untuk meningkatkan pengalaman pembersihan permaidani, terutamanya apabila ia berputar pada 4,000rpm. Penggelek lembut berus Jet Dual juga boleh digunakan pada lantai keras untuk mengutip habuk yang besar. Berus Slim Action baharu kini lebih langsing dan 100g lebih ringan, menjadikannya lebih mudah dan selesa untuk membersihkan sekeliling perabot dengan mudah walaupun ruang terhad antara barangan.

Harga dan Ketersediaan

Bespoke Jet™ didatangkan dalam tiga warna bergaya – Midnight Blue, Misty White dan Woody Green – pada harga runcit yang disyorkan RM3,899. Pada masa ini, pengguna di Malaysia akan dapat membeli Bespoke Jet premium dalam Midnight Blue yang disertakan dengan lampiran berus Slim Action, Spray Spinning Sweeper dan aksesori lain.

Dari 14 Mac 2022 hingga 30 April 2022, anda bukan sahaja boleh membeli Bespoke Jet™ pada hanya RM3,699, anda juga akan menerima Galaxy Buds Live (SM-R180NZKAXME) bernilai RM549 secara percuma.


Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI