INDAH INTAN TARUHAN SULUNG ISKANDAR PROJECTOR BAND

 

PROJECTOR BAND, sebuah nama yang tidak asing di industry muzik Malaysia. Menerusi band tersebut, vokalis utamanya Iskandar mencipta nama dalam bidang seni melalui vokalnya yang nyaring dan tinggi. 

Iskandar kini muncul solo dengan taruhan sulungnya iaitu sebuah lagu berjudul Indah Intan. Lagu ini merupakan ciptaan hasil kolaborasi El Hadam yang merupakan vokalis Proxy Band bersama Iskandar. 

Bait-bait indah lirik lagu Indah Intan ini pula telah dihasilkan oleh El Hadam sendiri. Ia mengisahkan tentang darjat dalam percintaan di mana si lelaki dari keluarga yang kurang bernasib baik dan wanita dari keluarga kaya. Akibat rasa cinta yang mendalam, walaupun ditentang keluarga, si wanita mahukan si lelaki membawanya kahwin lari namun si lelaki seorang yang yang berintegriti dan menghormati nilai diri si wanita dan keluarganya. 

Harga yang tidak ternilai jika hendak dibandingkan dengan sebentuk intan berlian. Lagu ini mendidik individu supaya menghormati nilai diri seseorang dan jika bukan jodoh, maka terimalah dengan redha. 

Iskandar ketika bersama Projector Band telah mencipta kejayaan bermula dengan lagu berhantu mereka ‘SUDAH KU TAHU’ yang berjaya membawa mereka ke Pentas Anugerah Juara Lagu ke 31 dan membawa pulang tempat ke tiga. 

Kali ini Iskandar memberanikan diri tampil solo kerana yakin dengan keunikan muzik yang dibawanya bersama vokalnya yang mantap. Adalah diharapkan supaya lagu Indah Intan ini juga akan mendapat sambutan peminat. 

Lagu ini akan menemui pendengar menerusi platform digital muzik seperti Joox, Spotify, Itunes, Deezer, KKbox dan juga Apple Music pada 18 Mac 2022 di bawah label MAP Music. 


Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA