HULURKAN KASUT, HULURKAN KASIH DENGAN PROJECT LOVE SNEAKER

 

Sama ada anda seorang pelari maraton yang berpengalaman atau pelari sosial, akan tiba masanya apabila kasut lari anda sampai ke penghujung jalan. Tiada kasut yang kekal selama-lamanya dan menurut pakar, purata jarak penggunaan kasut lari adalah kira-kira 400 batu atau kira-kira 644 kilometer.

Walaupun kasut lari anda sudah kurang sesuai untuk aktiviti berlari, namun ia boleh disumbangkan kepada rakyat di Honduras, Haiti, dan juga Transnistria untuk dijadikan sebagai peluang perniagaan. Ia dapat membantu mereka melancarkan dan mengekalkan perniagaan kecil milik sendiri yang menjual kasut yang telah didermakan.

Project Love Sneaker ialah kempen menderma kasut yang dianjurkan oleh Running Lab Malaysia untuk memenuhi keinginan komuniti pelari untuk mengitar semula kasut lari mereka yang sudah "bersara" tetapi masih dalam keadaan yang elok untuk tujuan yang baik. Bermula pada tahun 2010 di Singapura, Project Love Sneaker semakin mendapat tarikan dan minat orang ramai. Tahun demi tahun, Running Lab kekal komited untuk menjangkau khalayak yang lebih ramai untuk menyebarkan kepentingan kempen yang bermakna ini dan pada tahun ini, mereka bertekad untuk melakukan yang terbaik.

Mainkan peranan anda pada bulan April ini bersama Running Lab dan Soles4Souls dengan menghantarkan kasut lari kegemaran anda di mana-mana kedai Running Lab bermula 1 hingga 30 April 2022. Dan kerana kami faham bahawa perpisahan dengan kasut kegemaran anda bukanlah sesuatu yang mudah, anda akan mendapat RM150 baucar kasut Running Lab sebagai ganjaran bagi setiap pasang kasut lari dalam keadaan elok yang anda sumbangkan


Lokasi Running Lab:
  • Running Lab Pavilion, Lot 5.102.02, Level 5, Pavilion Elite
  • Running Lab The Gardens Mall, Lot No. T-227, 3rd Floor, The Gardens Mall



SOALAN LAZIM

Apakah keadaan kasut yang boleh didermakan?
  • Kasut lari bersih yang dalam keadaan boleh diguna semula akan diterima.
  • Semua bahagian kasut mestilah utuh.
  • Tidak boleh ada lubang pada tapak atau bahagian atas kasut.
  • Tapak kasut tidak boleh lusuh sepenuhnya.

Adakah kasut lifestyle yang kelihatan seperti kasut lari boleh diterima?
  • Ya, ia boleh diterima selagi ia berada dalam keadaan yang elok.

Adakah kasut kanak-kanak diterima?
  • Kasut kanak-kanak boleh diterima asalkan ia dalam keadaan yang elok dan boleh diguna semula.

Adakah kasut kanvas seperti Converse atau Vans diterima?
  • Tidak boleh diterima kerana ia bukan kasut sukan/lari.

Adakah kasut spike diterima?
  • Kasut spike tidak boleh diterima.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Feature photo by: Technology phone photo created by marymarkevich - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

PUBG MOBILE CAMPUS CHAMPIONSHIP 2022 KINI KEMBALI! PELUANG TERAKHIR KE PMNC 2022!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3