BUNKFACE BERI PENGHARGAAN KEPADA PEMINAT DENGAN 'KORANG'


Kumpulan rock tempatan, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul “KORANG”. Tidak seperti kebanyakkan lagu lagu Bunkface sebelum ini dimana lagu nya ditulis sendiri oleh Sam (Vokalis Bunkface), kali ini Sam berkongsi karyanya bersama sama penulis yang lain seperti Epul Kuat , Izzy Musa dan Shahir. Anggota kumpulan yang lain , Youk & Pa’an juga turut serta dalam proses penulisan lirik untuk lagu KORANG.

“Lagu ini menceritakan mengenai permulaan perjalanan kami sebagai sebuah band yang bergerak secara “independent” sebagai Bunkface, dan kami sangat menghargai pengalaman yang dilalui bersama sama dengan peminat dan sahabat sahabat rapat disekeliling kami yang tidak pernah putus berdiri teguh dibelakang Bunkface! lagu ini adalah untuk korang semua” – Bunkface.

Tambah Sam lagi “ Semua orang ada memori , semua orang ada hati , semua orang ada orang tersayang , semua orang ada korang” – Sam.

Lagu “KORANG” telah dilancarkan pada jam 12 pagi 16th Mac 2022 di seluruh platform digital rasmi Bunkface : https://bfan.link/korang

Muzik video rasmi “KORANG” pula dilancarkan pada jam 9 Malam 18th Mac 2022 di laman YouTube rasmi Bunkface : 

Comments

Popular posts from this blog

SEARCH UMUMKAN KONSERT BERSEJARAH ‘ENDEMIK’ YANG BAKAL BERLANGSUNG DI ZEPP KUALA LUMPUR