WALL'S LANCAR PADDLE POP MILKIE DWI-PERISA BAHARU


Wall’s Malaysia teruja untuk memperkenalkan Paddle Pop Milkie, aiskrim baharu yang berkhasiat dan #Milkielicious, untuk kanak-kanak yang gemar bermain! Aiskrim dwi-perisa baharu ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk memberikan aiskrim yang menarik, lazat dan dilengkapi penggalak kalsium yang tinggi, antara keperluan utama bagi perkembangan tulang serta gigi yang kuat bagi kanak-kanak.

Pilihan yang sempurna untuk si kecil, Paddle Pop Milkie merupakan aiskrim berbentuk titisan coklat yang unik dan terdiri daripada gabungan lazat susu vanila berkrim serta aiskrim coklat yang mengandungi lebih daripada 150mg kalsium dalam setiap hidangan, bersamaan setengah gelas susu! Untuk lebih keseronokan #Milkielicious, setiap batang Paddle Pop Milkie diperkaya dengan 100 peratus kalsium karbonat semulajadi dan hanya mengandungi sembilan gram gula serta kurang daripada 110 kalori agar dapat dinikmati sepuasnya tanpa kegusaran di samping memastikan kanak-kanak mendapat jumlah nutrien yang tepat bagi keperluan pembesaran dan kesihatan mereka.

“Wall’s Malaysia teruja membawakan kegembiraan kepada kanak-kanak di Malaysia untuk kesekian kalinya menerusi pelancaran aiskrim Paddle Pop Milkie. Apatah lagi apabila mereka terpaksa mengharungi realiti kehidupan berkurung di rumah semasa pandemik, menyebabkan ramai kanak-kanak hari ini terlepas daripada merasai sepenuhnya keindahan bermain semasa zaman kanak-kanak yang penuh dengan keriangan dan keseronokan. Oleh itu, dengan memperkenalkan Milkie ini, kami berharap dapat menyuntik motivasi terhadap ibu bapa untuk terus meneroka keindahan bermain bersama anak-anak, sambil menikmati aiskrim yang mengandungi nutrien berkhasiat bagi membantu pembesaran dan perkembangan anak mereka!” ujar Stephanie Ng, Pengurus Pemasaran Aiskrim Wall's Unilever Malaysia.

Aiskrim Wall’s Paddle Pop Milkie kini boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara pada harga jualan yang disyorkan sebanyak RM1.50 setiap satu*. Aiskrim ini juga boleh didapati dalam talian untuk pembelian di laman e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai aiskrim Paddle Pop Milkie baharu, layari Facebook rasmi Paddle Pop Malaysia di https://www.facebook.com/paddlepopmalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING