CASTROL ANJUR PERADUAN 'HARI MEKANIK MALAYSIA'

 

Castrol, salah satu jenama pelincir terkemuka dunia, kembali untuk tahun keempat berturut-turut dengan sambutan Castrol Hari Mekanik Malaysia (HMM) yang unik pada 18 Mac 2022. Acara tahun ini, yang merupakan satu-satunya acara seumpamanya di Malaysia, menampilkan tema unik: ‘The Game Changers’, sebagai penghormatan kepada wira yang tidak didendangkan dalam setiap kehidupan pemilik kenderaan.

Sememangnya sejak dari awal lagi, Castrol HMM menandakan lanjutan usaha Castrol dalam memberikan penghormatan kepada mekanik di Malaysia, sebuah komuniti yang sememangnya telah menjadi tulang belakang jenama ini sejak sekian lamanya. Castrol HMM 2022 bakal disambut secara maya sepenuhnya, dengan pelbagai aktiviti telah dirancang termasuk pertandingan sosial media, pemberian jersi dan acara melibatkan pempengaruh media sosial. 

Selain daripada itu, Castrol HMM 2022 turut menandakan peluang kerjasamanya yang pertama dengan English Premier League (EPL), selaras dengan tema tersebut. Sebagai liga bola sepak paling banyak ditonton di dunia, EPL disiarkan di 212 wilayah kepada 643 juta rumah, dengan potensi penonton TV seramai 4.7 bilion penonton. Liga itu menyatukan jutaan peminat di seluruh dunia; dan Malaysia juga tidak terkecuali. 

Kerjasama ini menerokai kedinamikan di antara mekanik dan pemain bola sepak yang mempunyai semangat, dorongan dan usaha keras yang sama ke arah mencapai impian dan matlamat mereka. Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, para mekanik juga gemar menonton bola sepak, yang sememangnya menjadi sebahagian daripada budaya lepak di Malaysia sejak sekian lamanya. 

Castrol berharap untuk menyemarakkan lagi rasa cinta serta hormat rakyat Malaysia kepada para mekanik kami melalui kerjasama dengan EPL ini. Bersempena dengan acara ini, Castrol akan memberikan pelbagai barangan eksklusif Castrol X EPL, termasuk jersi, topi dan bekas air. Barangan tersebut juga adalah sebahagian daripada hadiah pertandingan media sosial. 

Dengan sasaran untuk menyediakan saluran bagi pengguna media sosial menyatakan kesetiaan mereka kepada Castrol dan cinta mereka kepada bola sepak, Castrol berharap dapat menarik perhatian orang ramai di seluruh negara, bagi menggalakkan lebih banyak lagi penyertaan untuk meraikan mekanik tempatan kita. 

Para peserta pertandingan dikehendaki mengambil gambar diri mereka sendiri dengan memakai jersi pasukan bola sepak kegemaran mereka atau kemeja-T Castrol bersama-sama kereta atau motosikal mereka dan berlatarbelakangkan mana-mana bengkel jenama Castrol; dan kemudiannya memuat naik foto mereka itu ke dalam Facebook atau Instagram, dengan kapsyen berterima kasih atau menghargai mekanik mereka. 

Hantaran Facebook atau Instagram dengan tanda pagar #CastrolHariMekanik dan #CastrolEPL yang mendapat jumlah ‘Like’ tertinggi akan memenangi barangan eksklusif Castrol X EPL. 

“Castrol berbangga kerana telah memilih tema “The Game Changers” untuk tahun 2022 sebagai memperingati dan penghormatan kepada mekanik tempatan kita. Sambutan tahun ini adalah yang lebih istimewa bagi kami kerana EPL akan menyertai kami dalam usaha memberikan penghormatan kepada mekanik kita. Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, ramai di antara kita yang kehidupannya telah terjejas akibat pandemik. Walaupun kehilangan mata pencarian akibat pelbagai sekatan ekonomi yang dikenakan, komuniti mekanik tetap berjuang dan melaksanakan tugas mereka membaiki kenderaan kita dengan penuh dedikasi dan teliti. Kami amat berterima kasih kepada komuniti mekanik Malaysia, serta petugas barisan hadapan yang lain, kerana sedia membantu kami di sepanjang tempoh yang serba mencabar ini,” kata Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan. 

“Kami berharap semoga acara kami ini akan membawakan lebih banyak lagi kesedaran mengenai sifat dedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri para mekanik di negara ini, dan melalui kempen dalam talian ini, kami tidak sabar untuk melihat seramai mungkin rakyat Malaysia menyertai inisiatif kami,” ujar beliau. 


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Castrol dan produknya, sila kunjungi www.castrol.com/my 

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!