LEVI’S LANCAR KOLEKSI FRESH UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2022


Pada era 1970-an, Levi’s® melancarkan koleksi yang diberi nama Fresh Produce, yang diinspirasi oleh hasil tanaman semulajadi. Memandangkan kita semua gemarkan buah-buahan dan sayuran segar, 

Levi’s® memilih untuk mengembalikan koleksi itu dengan suntikan segar abad ke-21. Memperkenalkan Levi’s® Fresh untuk koleksi Musim Bunga/Panas 2022 dengan rangkaian kegemaran yang dicelup dengan pewarna yang dihasilkan daripada sumber semulajadi termasuk tumbuh-tumbuhan.


Secara tradisinya, pewarna berasaskan bahan semulajadi sering menghasilkan tona warna tanah. Namun dengan Levi’s® Fresh, kami menggunakan teknik mewarna baru bagi menghasilkan tona warna yang ceria; tona pic lembut, merah jambu, lavender, dan kuning. Semuanya dalam bentuk bebenang serta pakaian yang diwarnakan.

Pewarna dalam koleksi Fresh diperbuat menggunakan salah satu daripada tiga sumber semulajadi, termasuk tumbuhan tidak terancam seperti ekstrak akar mader dan indigo asli, produk sampingan pertanian, sisa makanan, dan mineral seperti tanah liat, karbonat dan bahan oksida asli. 

Pewarna ini direka khas untuk mengguna bahan tambahan yang sedikit, tanpa menjejaskan ketahanan warna atau nilai estetika, seterusnya menghasilkan proses mewarna yang inovatif lagi lestari. Kesemua pewarna dalam koleksi ini mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus kandungan tumbuhan atau mineral.


Satu lagi ciri-ciri lestari dalam Levi’s® Fresh adalah penggunaan pelbagai teknik mewarna yang jimat air. Kilang fabrik yang terlibat menggunakan proses osmosis berbalik untuk mengitar semula air yang digunakan semasa proses pembasahan. Teknik penjimatan air yang lain turut digunakan termasuk pewarnaan fiber ultrasonik dan pewarnaan pigmen terus.

Direka untuk penggayaan menyeluruh monokromatik atau sebagai padanan dengan warna lain, koleksi ini tampil dengan jean 551Z Straight Crop dan Type II Trucker dalam kesemua warna yang ditawarkan. Selain itu, turut dihasilkan jaket anorak lembut bersaiz besar dengan poket kanggaru, seluar pendek Levi’s® XX Chino kain twill berlipat, seluar pendek Utility High Loose, kot kerja kain kapas dengan poket tampal, gaun overall denim paras betis dan rangkaian Red Tab Vintage Tees.


Topi bucket hat kain kapas twill dan beanie kait turut dihasilkan bagi melengkapkan gaya ini. Bagi menyuntik sedikit keceriaan dan simbolik kepada inspirasi koleksi 1970-an Fresh Produce, keseluruhan koleksi didatangkan dengan tab khas yang menampilkan pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan, seperti tab lobak merah yang digunakan pada rekaan asal.

“Kami teruja dengan pelancaran koleksi Levi’s® Fresh yang menampilkan gabungan t-shirt lembut, fleece dan denim yang menggunakan pewarna semulajadi dengan teknik penjimatan air. Dengan mengambil inspirasi daripada arkib, kami menggabungkan setiap pakaian dengan semangat muda hasil inspirasi daripada koleksi asli Levi’s® Fresh Produce 1970-an. Ia satu koleksi yang menyeronokkan, berasaskan tumbuhan dan mesra alam yang berpandukan kukuh kepada keperluan dan pastinya, diingini ramai,” – Karyn Hillman, Ketua Pegawai Produk di Levi’s Strauss & Co.

Koleksi Fresh Levi’s kini boleh didapati di laman levi.com.my, butik Levi’s dan gedung beli-belah di seluruh negeri.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA