SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-4 PUBG MOBILE KINI DI LEMBAH KLANG
Setelah dua minggu bertemu dengan peminat-peminat PUBG Mobile di Kedah, Pulau Pinang dan Johor, kini giliran warga Kuala Lumpur dan Selangor pula merasakan kehangatan sambutan ulang tahun keempat PUBG Mobile.
Dengan kerjasama bersama syarikat pengeluar telefon pintar ketiga terbesar dunia iaitu Xiaomi, trak istimewa PUBG Mobile iaitu AirDrop Truck akan berada di sekitar Kuala Lumpur pada 15 hingga 17 Mac 2022 dan di Selangor pada 18 sehingga 20 Mac 2022. Berikut merupakan jadual lengkap roadshow untuk Kuala Lumpur dan Selangor:
Kuala Lumpur: 15 - 17 Mac 2022
- Cheras Leisure Mall: 15 Mac 2022, 12pm - 8pm
- The Curve: 16 Mac 2022, 12pm - 8pm
- Desa ParkCity: 17 Mac 2022, 12pm - 8pm
Selangor: 18 - 20 Mac 2022
- Sunway Pyramid, Blue Entrance: 18 - 20 Mac 2022, 12pm - 8pm
Sama di lokasi-lokasi sebelum ini, para peminat di Kuala Lumpur dan Selangor juga akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti perlawanan TDM 4v4 Fun Match dan aktiviti Spin to Win di mana peserta berpeluang untuk memenangi UC yang lumayan, skin terhad dan juga barangan eksklusif sempena ulang tahun keempat PUBG Mobile.
Acara kemuncak untuk sambutan ini akan diadakan pada 23 Mac sehingga 3 April 2022 di Sunway Pyramid yang juga merupakan salah satu penaja rasmi untuk ulang tahun keempat PUBG Mobile. Lebih banyak aktiviti menarik akan disajikan kepada peminat PUBG Mobile seperti kemunculan ikon-ikon terkenal PUBG Mobile Malaysia.
Antara ikon-ikon yang bakal hadir adalah seperti Master Ramen, J Hunter, OTG, Yakuza, EmiMohamad, Soultann, FattahZie, Raa Suzuran, MissRose, Fiera Fendi, MunaXmoci dan juga Nunaa.
Pada 26 Mac 2022, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan rakaman variety show terbaru daripada PUBG Mobile yang mana akan menampilkan ikon-ikon terkenal ini dan pada 3 April 2022, tayangan perdana untuk variety show ini akan dipersembahkan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir ke sambutan ulang tahun keempat PUBG Mobile ini.
Tidak dilupakan lebih banyak giveaway dan permainan akan dijalankan yang mana pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif daripada PUBG Mobile dan penaja rasmi ulang tahun keempat PUBG Mobile iaitu Xiaomi.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan acara tersebut, sila layari laman sosial PUBG MOBILE
- Facebook: PUBG MOBILE Malaysia
- Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia
- YouTube: PUBG MOBILE Malaysia
- Instagram: @pubgmobilemyofficial
Comments
Post a Comment