HAZAMA & TUJU BAWAKAN MESEJ POSITIF DALAM 'FASA'


Dunia muzik tanah air dimeriahkan lagi dengan single terbaharu berjudul FASA, hasil gandingan hebat penyanyi terkenal iaitu Hazama dan Tuju. Gabungan dua artis dari genre berbeza ini pastinya menyengat dan mendapat perhatian ramai.

Single FASA muncul setelah sekian lama Hazama tidak menghasilkan album. Menurut Hazama, “Pandemik Covid-19 ini benar-benar menguji semua orang. Sebagai anak seni, saya juga tidak terlepas dengan ujian ini. Sepanjang dua tahun ini macam-macam yang telah saya lakukan demi kelangsungan hidup. 

Alhamdulillah saya berjaya bertahan dan kena cekal kerana pasti segala kejadian ini ada hikmahnya. Jadi, lagu FASA yang disampaikan ini diselitkan dengan mesej-mesej positif untuk memberi semangat kepada semua. Tidak dapat dinafikan, semua orang ada FASA tersendiri yang perlu ditempuhi. Namun apa yang penting kita perlu kuatkan semangat dan jangan pernah mengalah.“

Gandingan Hazama iaitu Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah pula merupakan seorang anggota kumpulan K-Clique yang kian meningkat naik. Paduan dua suara ini benar-benar serasi dan bersesuaian dengan konsep lagu ini. Lagu FASA merupakan hasil ciptaan dan lirik Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat dan Tuju.

Muzik Video FASA nyanyian Hazama feat. Tuju akan dilancarkan di channel YouTube Alternate Records & Talents bermula 14 Mac 2022 pada jam 9 malam dan single FASA edaran Alternate Records boleh didapati di semua platform strim digital sejak 18 Februari 2022.


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA