SEIKHLAS HATI - TEMA KEMPEN RAMADAN RAYA 2022 TV3 & TV9
Aprena Manrose & Mark Adam |
Setiap kebaikan dan perbuatan yang dilakukan dengan seikhlas hati pasti dikurniakan barakah oleh Allah S.W.T terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini. Bersempena dengan sambutan bulan Ramadan ini, TV3 dan TV9 telah melancarkan kempen Ramadan Raya 2022 yang bertemakan Seikhlas Hati menerusi siaran langsung program Melodi yang dihoskan oleh Nabila Huda dan Haziq Hussni selama satu jam dari pukul 12.30 tengah hari.
Haziq Hussni |
Pelancaran kempen Seikhlas Hati ini dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti popular tanah air iaitu Datuk Rosyam Nor, Sharifah Rose, Fedtri Yahya, Mark Adam, Aprena Manrose, Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Haziq Hussni dan Kim Hassan.
Tema Seikhlas Hati dipilih untuk menyemarakkan kempen Ramadan Raya pada tahun ini sebagai tanda peringatan kepada kita supaya sentiasa bersyukur dan redha dengan ujian yang dihadapi kerana setiap ujian itu menjadikan kita lebih kuat dan tabah. Bulan Ramadan khususnya merupakan bulan untuk kita meningkatkan amal ibadah dan memperolehi pelbagai ganjaran dengan sentiasa bersedekah dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan.
TV3 dan TV9 meneruskan tradisi untuk menyajikan program-program menarik yang merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan untuk tatapan penonton sepanjang bulan Ramadan ini. Penonton juga boleh membeli-belah dan membuat persiapan raya dengan tawaran hebat yang disediakan oleh WOWSHOP.
Fedtri Yahya |
Program-program Ramadan di TV3
Pembukaan bulan Ramadan dimulakan dengan program travelog Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul II tajaan Pharmaniaga & Yayasan Maghfirah. Penonton akan menyertai pengembaraan masa Fedtri Yahya ke zaman Tanah Melayu di mana Raja-raja Melayu dikuasai oleh imperialis Inggeris dan menyaksikan pemimpin alim ulama yang telah mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan serta maruah agama dan bangsa.
Sepanjang bulan Ramadan ini, Tanyalah Ustaz Seikhlas Hati akan memaparkan kompilasi episod-episod terbaik Tanyalah Ustaz edisi Ramadan pada setiap hari bermula pukul 6.30 pagi di TV3 dan TV9. Da’i Haziq dan Jalal Zaki pula akan berkongsi pengembaraan mereka dalam menelusuri kisah-kisah manusia, berkongsi tentang amalan-amalan hebat seperti kebaikan sedekah dan qailullah menerusi Sahabat Backpackers tajaan MBSB. Sementara dokumentari istimewa di Nuzul Al-Quran, Tinta Syurga pula memaparkan kupasan mendalam mengenai usaha meneruskan perjuangan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam membukukan Al-Quran selepas kewafatan baginda.
Program bual bicara yang menjadi tradisi setiap kali Ramadan iaitu Sembang Sahur tajaan Massimo diteruskan bersama hos, Haziq Hussni, Fatin Hamimah, Fadzly Fuad dan Dayah Bakar, membincangkan pelbagai topik-topik menarik berkaitan Ramadan dan Raya, inisiatif amal dalam segmen Singgah Sahur, serta belajar resipi baharu yang mudah dan cepat dalam bulan Ramadan dalam segmen Jom Masak bersama Cef Fikree dan Cef Naem.
Khas buat kaki drama, TV3 telah menyediakan drama bersiri yang paling dinantikan dan dilakonkan oleh pelakon kesukaan ramai iaitu Shukri Yahaya & Siti Saleha (Akasia: 7 Hari Mencintaiku 3 tajaan Panadol & Flavettes), Sharifah Rose & Ali Rezark (Lestary: Do You Love Me, Captain?) Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose & Fasha Sandha (Samarinda: Khilaf Asmara), Yana Samsudin, Fadzil Zahari & Didie Alias (Menantu Mek Barber tajaan Goodnite International Sdn Bhd), serta Rozita Che Wan, Zain Saidin & Nabila Razali (Azalea: Mem & Bibik-bibik).
Program gaya hidup diteruskan dengan Pesan Makan tajaan oleh Mondelez (Oreo & Cadbury) yang menampilkan Fizo Omar dan Izzue Islam, pencarian juadah berbuka puasa bersama Nazruddin Habibur Rahman dalam Jalan Jalan Cari Makan Ramadan tajaan Glucerna dan ikuti pengalaman tahun pertama Zulin Aziz sebagai isteri dalam menyediakan juadah berbuka puasa dalam Apa Nak Masak Ni? tajaan Nestum. Dapatkan pelbagai resipi juadah berbuka puasa yang menarik daripada Sissy Imann, Afifah Nasir, Shiha Zikir, Sarah Suhairi, dan Bunga menerusi program Jom Berbuka tajaan Lactalis (QBB Ghee).
Tentu ramai yang tertunggu-tunggu program berjudul Diari Daddy tajaan Lipton & Panadol kerana ia menceritakan tentang kisah hidup selebriti dan usahawan berjaya Shuib bersama empat anak-anaknya yang comel ini. Suasana semakin gamat dengan program Oh Mummy! tajaan IKEA di mana penonton berpeluang untuk meninjau persiapan Hari Raya yang dilakukan oleh Mas Idayu dan anaknya.
Hiburan diteruskan dengan Akustika Ramadan tajaan Uphamol kembali dengan musim baharu bersama-sama gandingan hos baharu, Anas Ridzuan dan Achey. Ikuti juga gelagat lucu Ropie, Naim Daniel dan Sarah Suhairi dalam musim baharu Pak Kodi 5G. Tidak ketinggalan juga siri animasi Papa Pipi untuk adik-adik kita, ikuti telatah Papa Zola, seorang guru sekolah yang bersemangat tinggi tetapi cemerkap, di samping anak perempuannya yang comel serta bijak bernama Pipi Zola.
Datuk Rosyam Nor |
Program-program Ramadan di TV9
Di TV9 pula, Datuk Rosyam Nor kembali mengemudikan program bual bicara Sembang Viral Mega yang berdurasi satu jam untuk siaran istimewa di bulan Ramadan yang mengupas isu-isu viral dan dibahaskan penuh ilmu dari perspektif Islam secara santai bersama selebriti dan panel ustaz jemputan. Untuk genre gaya hidup, saksikan Jalan-Jalan Ramadan yang mengisahkan pengembaraan menarik Harris Alif di pelbagai negeri untuk mempelajari tradisi dan keunikan kebudayaan di kampung yang dijelajahi. Sementara itu, program Pandai Masak Ke Tu? yang dihoskan oleh Amy Mastura dan ditemani juri Chef Ismail dan Yatie Kitchen pula merupakan program pertandingan masak menyediakan juadah berbuka puasa antara selebriti popular seperti Ara Johari, Khai Bahar, Wany Hasrita, Nabila Razali, Noki K-Clique, Izzue Islam dan ramai lagi yang tidak semestinya mahir memasak.
Bagi kaki drama, jangan ketinggalan untuk menonton lakonan hebat daripada artis-artis popular tanah air menerusi slot Diandra iaitu Liza Abdullah, Kazar Saisi, Sufian Suhaimi, Chacha Maembong, Fahrin Ahmad, Aprena Manrose, Mark Adam dan Shakilla Khoriri (Diandra: 30 Hari Sebelum Raya) dan juga Rita Nadira, Sherry Ibrahim, Neera Azizi, Sophia Liana dan ramai lagi (Jiwa Wanita). Slot Skrin Di 9 juga menayangkan telefilem menarik bersempena dengan bulan Ramadan iaitu Ramadan Tunggu Aku Datang, Seutas Tasbih Dari Madu, Calon Bini Pak Bilal dan Mengejar Lailatulqadar.
TV9 juga turut menyediakan program istimewa buat penonton ciliknya di slot Jaguh Kartun. Saksikan gelagat dua adik-beradik kembar, Mina Mila pada setiap Isnin dan Selasa, pukul 6.30 petang dan Little Ammar pada setiap Rabu dan Khamis, pukul 6.30 petang. Little Ammar akan berkongsi dengan penonton ciliknya lagu kanak-kanak, zikir dan video pembelajaran yang mudah difahami.
Fadzil Zahari & Yana Samsudin |
WOW Seikhlas Hati
Sama-sama kita Seikhlas Hati menzahirkan kesyukuran sempena Ramadan ini. Dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima, WOWSHOP telah melancarkan platform perayaan gaya hidup sehenti “WOW Seikhlas Hati” untuk semua persiapan Pra-Ramadan - Raya anda! Terdapat program istimewa siaran langsung, diskaun segera serta pelbagai tawaran pulangan tunai daripada rakan kongsi berbeza seperti Ambank, Maybank QR Pay, Boost dan Touch N Go.
Ini juga merupakan tahun pertama dimana WOWSHOP mewujudkan kempen atas talian khusus di platform ECMC kami untuk perkongsian 30 hari resipi Ramadan yang ringkas lagi lazat, pelbagai barisan penawaran produk perayaan yang menarik.
Layari www.wowshop.com.my untuk maklumat lanjut atau ikuti secara langsung WOWSHOP di TV3 dan TV9.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 & TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia. Gunakan #SeikhlasHati untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.
Comments
Post a Comment