LONTARAN 'HAMPIR SEMPURNA' EVIE FEROZA BAGI OST 3 NOTA CINTA


Evie Feroza finalis program realiti Lagu Cinta Kita 2, tampil dengan single terbaharu iaitu ‘Hampir Sempurna’ di bawah naungan syarikat rakaman Alternate Records & Talents. Lagu menarik ini merupakan hasil kerjasama komposer dan penulis lirik terkenal tanah air, Shazee Ishak dan Audi Mok dan kini boleh didengarkan di semua pelantar digital.

Nama Evie bukan lagi asing buat peminat muzik tanah air. Selain berjaya menjadi finalis Lagu Cinta Kita 2 berpasangan dengan Kael, Evie juga dikenali dalam kalangan pengunjung di Bobo, Alexis, No Black Tie dan sering mendapat undangan menyanyi di beberapa majlis rasmi.


Suara Evie yang unik dan merdu ini telah menjadikan lagu ‘Hampir Sempurna’ sebagai lagu runut bunyi kepada drama Akasia: 3 Nota Cinta lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Rose. Lirik lagu yang menjadi runut bunyi kepada drama ini amat berkait rapat kerana menceritakan tentang kesyukuran yang perlu dinikmati walaupun berada dalam situasi sedih dan pilu.

Menurut Evie Feroza, “Lagu Hampir Sempurna ini benar-benar membawa kelainan kepada saya dari sudut nyanyian dan genre. Sebelum ini saya memang banyak menyanyikan lagu berbahasa Inggeris tetapi pencipta lagu ini berjaya meyakinkan saya untuk menyanyikan lagu yang menunjukkan sisi lain saya. Saya benar berharap agar semua yang mendengar lagu ini akan terhibur dan dapat memahami mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu ini.’

Video lirik bagi single Hampir Sempurna nyanyi Evie Feroza, edaran Alternate Records kini boleh di didengari di semua saluran digital dan lirik video boleh ditonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents sejak 12 Mac yang lalu.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM