NEW BALANCE PERKENALKAN KASUT GELANGGANG BAHARU CT302


New Balance memperkenalkan CT302, kasut baharu berinspirasikan sukan gelanggang dengan gaya minimalis berpandukan warisan jenama New Balance. Kempen koleksi terbaharu ini dihasilkan dan digayakan oleh sebuah pasukan yang kesemuanya terdiri daripada wanita, dan akan diperkenalkan oleh duta jenama New Balance iaitu pemain tenis, Coco Gauff. Keluaran awal CT302 boleh didapati secara global bermula Mac 2022.

Kasut CT302 merentasi trend dengan memberi nafas baharu kepada dunia fesyen. Dengan menampilkan logo trademark New Balance - N, kasut ini memperlihatkan rona warna kategori Shifted, yang menempatkan rekaan gaya hidup New Balance lain seperti 327, 237 dan 57/40. 


Bahagian tengah tapak kasut kekal serupa, namun CT302 ditambah dengan rekaan kontemporari yang menampilkan tapak yang lebih tinggi bagi menampakkan model gelanggang. Ciri-ciri rekaan lain pada rekaan terbaharu ini termasuk tab belakang yang lebih besar, keperincian yang lebih rapi, tapak kasut yang lebih besar dan hujung yang tak simetri dengan bahagian tengah yang lebih tinggi.

Rekaan terbaharu ini tampil dengan gabungan suede dan getah pada bahagian hujung dengan kemasan kulit dan kulit sintetik pada keseluruhan kasut. Bahagian lidah kasut hanya memiliki satu lapisan nylon bagi membolehkan warnanya menyerlah agar memberikan aura vintaj.


Pelancaran pertama CT302 akan didatangkan dengan kombinasi warna putih dan biru sebelum tambahan lain sepanjang 2022. Ia boleh didapati di Malaysia di New Balance Pavilion KL dan Crossover Online serta kedai Crossover di Sunway Pyramid pada 19 Mac dengan harga RM429 sepasang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CT302, layari NewBalance.com dan ikuti New Balance di Instagram dan Facebook.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO