'TREMENDOUS' ANGKAT TEMA PERSAHABATAN DALAM 6IXTH SENSE


Mac 2022 akan menjadi sebuah momen pemula yang sangat dinantikan 6ixthsense selepas lama memerhati waktu yang tepat untuk keluar daripada ‘pertapaan’.

Mempertaruhkan single terbaharu dengan judul Tremendous, sengaja kumpulan ini memilih penggunaan bahasa Inggeris sebagai tajuk.

Tremendous menjadi signifikan untuk keseluruhan lagu ini. Apalagi menerusi karya yang dihasilkan sendiri vokalisnya, Adi Priyo bersama Nawfas, Yoya, Athan dan Hary, mereka mengemudi hala tuju untaian balada yang begitu sinonim dengan 6ixthsense.

Menerusi Tremendous yang liriknya juga dihasilkan Adi Priyo, ia mengangkat kisah persahabatan yang begitu rapat sehingga sanggup berkorban ketika sahabat nya dalam kesusahan dan selalu ada ketika memerlukan bantuan.

“Tremendous pun berhubung kait dengan 6ixthsense dan persahabatan kami selama 17 tahun dengan segala liku liku juga naik turun yang 6ixthsense lalui.

“Sebab inilah yang membuat kami melancarkan lagu bertajuk Tremendous ini untuk menjadikan lagu ini sebagai cerminan dari pada persahabatan kami selama ini dan juga menjadi lagu penyemangat bagi semua pencinta musik dan kesetiaan deriaku,” ujar Adi Priyo.

Adi kemudian menjelaskan bagaimana hala tuju muzik 6ixthsense kini berubah. Ia bukan sebuah eksperimen, tetapi sebagai indikasi dewasa kumpulan yang sudah lama bergelumang dengan genre untaian cinta termasuk Sebait Hati yang dipasarkan pada 2019 lalu.

“Dengan kedewasaan dalam bermuzik kali ini kami ingin menyajikan kelainan sewaktu menyampaikan lagu yang penuh dengan semangat muda, persahabatan dan juga pengorbanan.



“Liriknya pula penuh dengan kekuatan magis pembangkit semangat persahabatan,” kata Adi.

Tidak hanya dilancarkan sebagai alunan di telinga, Tremendous dijelmakan bersama muzik video. Lewat muzik videonya, Tremendous diceritakan dengan plot penculikan seorang wanita.

“Muzik video Tremendous menyentuh kisah tentang seorang wanita yang diculik dan sahabat yang mencuba menyelamatkannya walaupun menghadapi penculik penculik yang sangat bengis tanpa mengenal rasa takut.

“Walaupun dia sebenarnya tak mampu menghadapi tapi dia redah juga demi seorang sahabat,” jelas Adi.


Dengan kelahiran Tremendous, Adi berharap kembali mampu memeriahkan industri muzik tempatan dan Nusantara yang ‘terganggu’ kerana pandemik COVID 19.

Jangan berputus asa untuk terus menghasilkan karya karya yang hebat. “Jangan tumbang patah semangat jika hayat belum sekarat hidup hanya sekali,” kata Adi.

Tambah Wan, “Apa yang saya harapkan ke depannya, kami (anak seni) mengambil peluang untuk sama-sama memeriahkan balik industri muzik yang dikira agak suram setelah Covid 19 melanda dan saya berharap juga untuk artis-artis yang lain terus semangat tanpa putus asa untuk mengeluarkan karya-karya yang hebat, Insya Allah,” ujar Wan yang merupakan pemain dram.

Semangat itu diteruskan dengan kata-kata Athan, ”Jangan berhenti bermimpi. Success will come at the right time, at the right moment with tremendous and effort.”

Tremendous boleh didengar bermula 17 Mac 2022 di Spotify, Apple Music, JOOX.


Comments

Popular posts from this blog

SEARCH UMUMKAN KONSERT BERSEJARAH ‘ENDEMIK’ YANG BAKAL BERLANGSUNG DI ZEPP KUALA LUMPUR