SIGNATURE MARKET LANCAR SURI RAMADAN PLATTER


Ramadan ini, Signature Market telah bekerjasama dengan pelakon terkenal Malaysia, Lisa Surihani bagi melancarkan set hadiah istimewa — SURI Ramadan Platter — untuk dinikmati oleh pengguna sepanjang bulan puasa. SURI Ramadan Platter disifatkan sebagai hidangan snek perkongsian yang sempurna, ia dihasilkan untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga dengan harapan dapat memupuk lebih banyak kasih sayang dan mencipta kenangan antara satu sama lain.

Disusun secara eksklusif dan dipilih oleh Lisa Surihani, set hadiah ini mengandungi pelbagai jenis snek Signature Market yang lazat dan sihat yang sesuai untuk kudapan bersama tanpa rasa ragu terutama semasa bersahur mahupun sewaktu berbuka puasa. Bersama-sama dengan pelbagai hidangan snek terkenal jenama itu, pelanggan juga dapat mencuba pilihan kegemaran Suri termasuk Tempeh Bites, Tangy Tomato Chickpea & Lentil Chips, Omega-3 Trail Mix, Mini Sun Dried Apricot dan banyak lagi.


“Sebagai penyokong nilai positif dan pengamalan tabiat sihat untuk minda dan tubuh badan, saya berbangga kerana dapat bekerjasama dengan jenama seperti Signature Market yang berkongsi nilai yang sama. Semasa kita berpuasa, penting untuk kita kekal sihat dan bertenaga, itulah sebabnya saya sangat teruja dapat berkongsi dengan orang ramai set hadiah yang disusun secara unik ini yang penuh dengan snek sihat yang boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja, tanpa rasa ragu-ragu. Saya berharap pengguna dapat menikmati dan mendapat manfaat daripadanya di samping memperoleh lebih banyak tenaga dan pemakanan yang baik pada bulan yang mulia ini,” kata Lisa Surihani.

“Selaras dengan nilai yang sama seperti Lisa, kami di Signature Market, sangat gembira dapat bekerjasama bersama beliau dalam kempen ini. Terutama di bulan Ramadan, kami melihat ramai keluarga dan rakan-rakan sering berkumpul untuk menyambut bulan yang mulia ini, oleh itu kami telah menghasilkan juadah snek khas untuk menawarkan sesuatu buat pelanggan kami agar mereka dapat berkongsi bersama bagi mengeratkan silaturrahim dan berkongsi kasih sayang antara satu sama lain. Kami berharap SURI Ramadan Platter akan membolehkan pelanggan kami menyambut bulan puasa dengan semua nutrien tambahan yang diperlukan untuk mengekalkan daya tahan badan sepanjang hari dan membolehkan mereka berbuka tanpa rasa ragu,” kata Edwin Wang, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Signature Market.


Berharga RM109, SURI Ramadan Platter disediakan di dalam kotak hijau pekat dengan corak petak ringkas bagi melambangkan ‘kemewahan dalam kesederhanaan’. Mesej di sebalik frasa itu diilhamkan dari nilai positif dan kepercayaan Signature Market dan Suri tentang kemewahan yang boleh disamakan dengan masa berharga yang dikongsikan bersama orang tersayang, menunjukkan intipati sebenar bagi kedua-dua snek sihat dan bulan Ramadan.
 

Perkara

Deskripsi

Harga (RM)

SURI Ramadan Platter 

Ramadan platter yang sempurna dengan snek sihat Signature Market terkenal seperti:

       Omega-3 Trail Mix (50g)

       Tangy Tomato Chickpea & Lentil Chips (100g)

       Khalas Dates (80g)

       Classic Nut Mix (50g)

       Tempeh Bites-Original (150g)

       Low Carb Mix (50g)

       Dark Chocolate Chip Butter Cookies (Gluten-Free) (180g)

       Dried Mariami Dates Mini Pack (50g)

       Vegan White Chocolate Almonds Mini Pack (70g)

       Mini Sun Dried Apricot (200g)

 

Bagi peminat Suri yang disayangi, kotak hadiah itu juga termasuk kad ucapan eksklusif dengan Tandatangan Lisa Surihani dan ucapan salam sejahtera.

RM109



Untuk maklumat lanjut dan terkini, lawati Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube, atau laman sesawang.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!