ROTI CANAI DAN NASI LEMAK DINOBATKAN SEBAGAI MAKANAN PALING POPULAR TAHUN 2023 FOODPANDA!


Sebagai penghargaan istimewa untuk pelanggannya, foodpanda dengan bangga memperkenalkan foodpanda Rewind 2023, tinjauan eksklusif ke atas jumlah pesanan pelanggan, makanan paling popular, sajian, barangan runcit yang paling diminati, dan banyak lagi, di mana semuanya dapat diakses melalui aplikasi. Maklumat yang diperibadikan ini memberi refleksi kepada pelanggan mengenai sejauh mana mereka bergantung kepada foodpanda untuk menghantar hidangan kepada orang tersayang dan juga menjadi pilihan utama apabila rasa lapar melanda.

Selain itu, foodpanda juga menyingkap trend makanan dan barangan runcit paling popular untuk tahun 2023, yang kesemuanya ditempah oleh pelanggan mereka. Sama ada anda memerlukan snek ketika lewat malam, sarapan pagi yang lazat, atau bergegas untuk mendapatkan barangan runcit pada saat akhir, foodpanda telah menjadi rakan setia anda tahun ini.

Makanan Paling Popular Tahun 2023
  • Roti Canai
  • Sate
  • Nasi Goreng Kampung
  • Roti Telur
  • Nasi Lemak
Mengakhiri tahun ini, makanan nombor satu yang paling diminati dan paling kerap ditempah tidak lain dan tidak bukan adalah Roti Canai. Ia diikuti oleh makanan kegemaran tempatan yang lain, seperti Sate, Nasi Goreng Kampung, Roti Telur dan Nasi Lemak. Tiada penjelasan lanjut yang perlu diungkap lagi, roti canai sememangnya mempunyai keunikan tersendiri. Pengiktirafan sebagai Roti Terbaik No. 1 di dunia oleh Taste Atlas menjadikannya pilihan utama dalam kalangan masyarakat tempatan dan merupakan ruji masakan. Koyakkan roti yang lembut itu, cicah ke dalam kari pilihan anda, dan rasai gabungan perisanya yang menakjubkan.

Dari Sate yang dibakar dengan sempurna, sehingga kelazatan perisa Nasi Goreng Kampung dan aroma wangi Nasi Lemak, makanan ikonik ini mencerminkan kekayaan dan kepelbagaian makanan Malaysia, dan foodpanda menghantar makanan tempatan dengan harga berpatutan ini terus ke depan pintu pelanggan.

Fakta menarik: Roti Canai dan Nasi Goreng mendominasi tempahan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam, membuktikan rakyat Malaysia menggemari hidangan ini yang bukan sahaja memuaskan selera pada bila-bila masa sepanjang hari!

Kisah Kopi-kopi

Cuba teka apa yang sedang dibru? Mengamati budaya meminum kopi, rakyat Malaysia memilih minuman berperisa pahit tersebut sebagai pilihan utama mereka. Latte Sepanyol menjadi pilihan utama diikuti dengan daya tarikan frappes yang menyegarkan. Tahniah kepada penggemar kopi yang bersemangat untuk memelihara budaya ini!

bekal by foodpanda

Dengan pelancaran rasmi bekal by foodpanda, armada penghantaran halal foodpanda pada tahun ini, pelanggan kami telah menerima hampir 12 juta tempahan daripada vendor yang disahkan halal. Ini menunjukkan pelanggan kami yakin bahawa integriti halal pesanan mereka yang dihantar melalui bekal by foodpanda akan terpelihara.

Kita telah mengetahui trend pesanan makanan, sekarang mari kita lihat kesan yang telah kami lakukan melalui perkhidmatan lain pada tahun ini…

Roti adalah barangan yang paling banyak dipesan di pandamart

Roti berkrim perisa coklat menjadi pilihan utama yang paling kerap dipesan di pandamart. Turut tersenarai adalah roti putih dan telur. Selain itu, kedai-kedai pilihan di foodpanda ialah Lotus's MY, HeroMarket dan 7-Eleven (barangan runcit).

Melalui perkhidmatan pengambilan kami, pelanggan telah melangkau sebanyak 7,751 baris sepanjang tahun! Bagi mereka yang inginkan faedah terbaik, menjadi pelanggan pandapro membolehkan mereka menikmati penghantaran percuma dan tawaran eksklusif untuk makanan dan barangan runcit, memberi penjimatan kepada mereka sebanyak RM144 juta. Inilah tanda kenapa anda harus melanggan hari ini!

Di sebalik tabir, rakan penghantar berdedikasi kami merupakan wira dan wirawati dari pelbagai latar belakang, gigih mengharungi semua cabaran untuk memenuhi keinginan pelanggan kami. Apabila rakan penghantar foodpanda sibuk menghantar pesanan, mereka secara kolektif telah menempuh perjalanan sejauh 963 juta kilometer. Ini sangat menajkubkan! Ini bersamaan dengan lebih daripada 75,500 perjalanan mengelilingi Bumi atau lebih daripada dua perjalanan pergi-balik ke planet Marikh!

Pelanggan foodpanda juga amat bermurah hati dengan memberikan tips melebihi RM13 juta sepanjang tahun ini melalui aplikasi. Selain itu, rakan penghantar kami bukan sekadar menghantar makanan tetapi turut menghulurkan bantuan mereka melalui pandago, menghantar lebih daripada 2.5 juta hidangan lazat yang dimasak sendiri, barangan mudah rosak, dan juga pakaian dan aksesori kepada rakan, keluarga dan juga pelanggan lain dari pemilik perniagaan mikro.

Tengah hari dan Ahad adalah waktu puncak untuk pesanan

Apabila hasrat untuk menyediakan makan tengah hari terasa seperti satu cabaran yang menggunung, terutamanya ketika kesibukan tugas pejabat atau rutin kerja rumah, maka apakah langkah yang anda ambil? Anda mungkin mula mengisi troli anda dengan makanan kegemaran dan menekan butang ‘Pesan Sekarang’ sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 12 tengah hari! Ya, kita menyukai waktu makan tengah hari dan itulah sebabnya 12 tengah hari menjadi waktu puncak untuk pesanan sepanjang tahun.

Selain itu, apabila minggu berlalu, hari Ahad menjadi hari yang menyaksikan paling banyak pesanan di foodpanda. Hari ini adalah peluang untuk menenangkan jiwa dan minda supaya anda dapat menghadapi minggu yang akan datang dengan penuh tenaga. Anda hanya perlu memesan makanan, tidak perlu lagi membuat kerja di dapur, menyediakan hidangan untuk keluarga dan membersihkan periuk dan kuali selepas itu!

Kesimpulannya, pengakhiran untuk tahun ini merumuskan pencapaian penting perkhidmatan foodpanda. Ia bukan sahaja berkisar tentang barangan popular yang dihantar, tetapi juga kemudahan, hubungan dan kegembiraan yang dinikmati oleh pelanggan kami sepanjang tahun.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO