TIADA YANG TERTINGGAL: BZU BZU BANTU KOMUNITI KURANG BERKEMAMPUAN DENGAN TISU BASAH ANTIBAKTERIA BERNILAI RM 350,000
BZU BZU, jenama penjagaan keluarga terkemuka, meneruskan komitmennya untuk memberikan impak positif kepada masyarakat melalui siri inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Inisiatif ini memberi tumpuan terhadap membantu komuniti gelandangan dan kurang berkemampuan melalui kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan sumbangan tisu basah antibakteria BZU BZU.
Ketua Pegawai Eksekutif BZU BZU, En. Raphael Jiang dan pasukan BZU BZU mengagihkan tisu basah kepada komuniti gelandangan dan kurang berkemampuan di Kuala Lumpur. |
Inisiatif ini selaras dengan pegangan BZU BZU bahawa keperluan asas kebersihan diri perlu diberi akses kepada semua tanpa mengira latar belakang sosioekonomi. Sehingga kini, BZU BZU telah menyumbangkan jumlah keseluruhan sebanyak 30,000 unit tisu basah antibakteria BZU BZU, bernilai RM 350,000 kepada NGO tempatan seperti Suriana Welfare Society, The Hope Branch, Kechara Soup Kitchen, MERCY Malaysia, SHELTER Home For Children, dan Agathians Shelter. Inisiatif ini masih berterusan di mana lebih banyak NGO tempatan dapat menerima manfaat daripada usaha ini.
Inisiatif program CSR BZU BZU pertama kali diperluaskan kepada Suriana Welfare Society di mana BZU BZU mengedarkan tisu basah antibakteria kepada komuniti kurang berkemampuan dengan keadaan hidup susah di Kawasan Rukun Tetangga, Pangsapuri Taman Desa Ria Fasa 1. BZU BZU juga menyertai sesi pengedaran The Hope Branch di Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit dan membantu mengagihkan tisu basah antibakteria bersama bungkusan makanan kepada komuniti gelandangan di sana.
MERCY Malaysia mengagihkan tisu basah antibakteria BZU BZU untuk Misi Outreach Mobile Clinic mereka. |
BZU BZU menyedari cabaran unik yang dihadapi oleh komuniti gelandangan dan kurang berkemampuan dalam mendapatkan akses mudah kepada keperluan asas kebersihan diri seperti air bersih dan kemudahan sanitasi. Dengan tisu basah antibakteria ini, ia dapat membantu penjagaan kebersihan diri mereka dengan membunuh 99.9% kuman dan lembut terhadap kulit. Tisu basah BZU BZU ini mendapat pensijilan Halal dan diformulasikan khas untuk kulit bayi yang lembut. Selain itu, tisu ini dicampur dengan Ekstrak Okura yang membantu melembapkan dan melegakan kulit, serta ekstrak artichoke yang dapat memberi kesan kulit yang lebih cerah dan segar. Kandungan bermanfaat ini dapat membantu komuniti kurang berkemampuan ini - terutamanya mereka yang mempunyai bayi dan kanak-kanak - dalam mengekalkan kebersihan diri tanpa merosakkan kulit mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif BZU BZU, En. Raphael Jiang menyertai sesi pengedaran The Hope Branch di Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit |
Ketua Pegawai Eksekutif, En. Raphael Jiang berkata, "Pada masa di mana kebersihan yang baik menjadi keutamaan kesihatan, tisu basah antibakteria dapat menjadi tambahan penting. Inisiatif CSR ini menandakan bahawa tiada seorang pun diabaikan dalam hal menjaga kebersihan, yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada peningkatan keseluruhan kebersihan masyarakat. Dengan menerajui kempen ini, kami ingin menekankan kepentingan keperluan asas kebersihan diri untuk memastikan kehidupan yang lebih sihat bagi mereka yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut mengenai BZU BZU, sila layari https://bzubzu.my/.
Comments
Post a Comment