INISIATIF KESELAMATAN JALAN RAYA TOTALENERGIES MALAYSIA DAN ARUS ACADEMY MELIBATKAN LEBIH 17,000 PELAJAR DI SELURUH NEGARA


Program 'VIA Safe Mobility Malaysia 2023', usaha kerjasama antara TotalEnergies Malaysia dan ARUS Academy, berakhir dengan kejayaan gemilang. Tahun ini, program tersebut menarik lebih daripada 2000 pelajar dari seluruh Malaysia dan menerima lebih daripada 90 poster tentang cara pelajar mentafsirkan keselamatan jalan raya sebagai sebahagian daripada pertandingan dalam program tersebut.

Inisiatif penting ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pelajar sekolah, sambil memupuk dan memberdayakan generasi muda sebagai duta keselamatan jalan raya untuk menyebarkan kesedaran di sekolah dan komuniti mereka.

Majlis penutup program dihadiri dan dirasmikan oleh Pn. Maizatul Arzia bt Omar, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Dr. Rizati Hamidun, Pegawai Penyelidik dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Jennifer Li, Pengarah Urusan TotalEnergies Marketing Malaysia, dan Alina Amir, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama ARUS Academy.

Jennifer Li berkongsi bahawa program VIA Safe Mobility menekankan kepentingan memupuk nilai-nilai keselamatan jalan raya dari usia muda. Jennifer berkata, "TotalEnergies adalah syarikat multi-tenaga yang menyediakan penyelesaian tenaga rendah karbon serta penyelesaian mobiliti. Sebahagian daripada usaha pembangunan mampan syarikat kami adalah untuk memberi tenaga kepada kehidupan dan komuniti yang kami operasi dengan menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan komuniti melalui inisiatif keselamatan jalan raya. Program VIA Safe Mobility mempunyai tempat istimewa dalam hati kami kerana ia mencerminkan komitmen kami untuk memupuk komuniti yang bertanggungjawab dan mempromosikan keselamatan jalan raya. Pengajaran inisiatif ini melampaui batasan bilik darjah; ia meluas ke jalan-jalan yang dilalui pelajar setiap hari dan komuniti tempat mereka tinggal. Kami berbangga dengan impak yang telah kami buat dan berharap untuk kejayaan berterusan duta-duta muda ini dalam membentuk masa depan yang lebih selamat untuk rakan sebaya dan komuniti bersama ARUS Academy sebagai rakan kami."

Sejak dilancarkan pada Julai 2022, program VIA Safe Mobility Malaysia telah memberi kesan positif kepada 43,150 pelajar berumur 10 hingga 16 tahun di Malaysia. Pada tahun 2023, program ini telah dilaksanakan di 137 buah sekolah di seluruh Malaysia, dengan 42 sekolah menyertai pertandingan melukis poster keselamatan jalan raya. Majlis penutup tidak hanya meraikan pencapaian pemenang pertandingan poster VIA Safe Mobility Malaysia 2023 tetapi juga menampilkan pembentangan yang mendalam oleh duta pelajar. Golongan muda ini berkongsi rancangan mereka untuk membawa perubahan dalam kesedaran keselamatan jalan raya di sekolah masing-masing.

Alina Amir, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama ARUS Academy, berkongsi perspektifnya, "ARUS Academy berbesar hati untuk berkerjasama dengan TotalEnergies Malaysia dalam Program VIA Safe Mobility. Memberdayakan belia menjadi duta keselamatan jalan raya bukan hanya tentang melindungi nyawa hari ini tetapi memastikannya lebih selamat pada hari esok. Dedikasi yang ditunjukkan oleh pelajar dan sokongan daripada semua pihak berkepentingan adalah bukti kejayaan program ini."


Program VIA Safe Mobility Malaysia 2023 merupakan bukti kuasa kerjasama dan pendidikan dalam mewujudkan perubahan positif. TotalEnergies Malaysia dan ARUS Academy mengucapkan tahniah kepada tiga pemenang kebangsaan pertandingan melukis poster. Mereka adalah Sekolah Kebangsaan Desa Pandan di Kuala Lumpur, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kajang, dan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (2).

Program VIA Safe Mobility juga dilaksanakan secara global melalui Yayasan TotalEnergies. Pelaksanaannya kini meningkat dengan mencapai tonggak 500,000. Sebanyak 40 negara di lima benua telah melaksanakan program ini di 1,500 sekolah dan pusat belia, bekerjasama dengan kira-kira 40 NGO tempatan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://arus.cc/via-safemobility.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!