NU SKIN MALAYSIA DAN YAYASAN IJN TUNAIKAN 400 HASRAT KANAK-KANAK DALAM MENJAYAKAN MISI MEMBAWA KERIANGAN PADA MUSIM PERAYAAN INI
Nu Skin Malaysia, peneraju terkemuka produk penjagaan kulit dan kesihatan berkualiti premium, membawakan kegembiraan kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit jantung kongenital (CHD) dengan memenuhi hasrat mereka melalui ProjekWish List, inisiatif tahunan jenama ini, menerusi kerjasama bersama Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Sejak 2011, Projek Wish List Nu Skin komited dalam menghulurkan sokongan kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kongenitaldengan memenuhi hasrat mereka untuk memiliki hadiah seperti mainan, barangan keperluan sukan dan sekolah, serta keperluan lain semasa perayaan Krismas ini. Pada tahun ini, Nu Skin telah mengabulkan hasrat 400 kanak-kanak sekaligus menyebarkan keriangan perayaan kepada mereka dan keluarga.
Semasa Perayaan Wish List tahun ini, Nu Skin Malaysia bersama Yayasan IJN telah merasmikan majlis tersebut dan meraikan Ulang Tahun ke-15 jalinan kerjasama mereka dengan upacara memotong kek sempena memperingati kolaborasi yang signifikan ini. Majlis diteruskan dengan menunaikan hasrat 15 pesakit kanak-kanak jemputan menerusi penyampaian hadiah hasil sumbangan Nu Skin dan Rakan Jenama. Majlis bermakna ini kemudiannya diakhiri dengan tayangan video yang menyentuh perasaan dengan mesej-mesej penghargaan sepanjang 15 tahun kerjasama ini terjalin.
Naib Presiden Operasi Pasaran Nu Skin Malaysia dan Brunei, Hendrix Wong berkata, “Kami memahami akan keperluan mendesak terhadap sokongan kewangan buat pesakit jantung yang berada dalam senarai menunggu untuk menjalani pembedahan dan rawatan jantung. Justeru itu, melalui Dana Jantung Kanak-Kanak Asia Tenggara Nu Skin, kami dapat berbakti kepada komuniti yang kurang bernasib baik ini di samping membawakan kegembiraan kepada mereka dalam mengharungi masa sukar, dan peluang ini tidak akan kami persiakan. Meraikan tahun ke-15 kerjasama bersama Yayasan IJN, kami amat berbesar hati dengan kejayaan semua inisiatif yang telah dilakukan selama ini untuk menjadi ‘Force For Good’ dalam komuniti.”
Pengerusi Kutipan Dana Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yang Berbahagia Datin Julini Mohd Ali menambah, “Kami amat berterima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi Nu Skin Malaysia dalam melaksanakan Projek Wish List secara tahunan, satu perjalanan yang kami kongsi bersama sejak 2011. Kerjasama yang utuh ini telah menjadi mercu tanda harapan untuk pesakit kanak-kanak yang berjuang setiap hari menghadapi penyakit mereka, dan kami di Yayasan IJN sangat terharu dengan pendekatan holistik Nu Skin dalam menghulurkan sokongan. Oleh itu, besar harapan kami untuk terus bersama menjalankan inisiatif ini yang penuh dengan kasih sayang dan membangkitkan harapan, serta membawakan perubahan positif yang berkekalan dalam kehidupan para pejuang muda ini.”
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif Force For Good dan SEACHF Nu Skin, sila layari https://www.forceforgood.org/.
Comments
Post a Comment