WOLF HIDING《怒潮》- EKSTRAVAGANZA SINEMATIK HK DI PENGHUNJUNG 2023



WOLF HIDING《怒潮》, filem aksi jenayah arahan pelakon Marc Ma dan dibintangi oleh Nick Cheung, Ethan Juan dan Talu Wang, bersedia untuk bertarung di pawagam di hujung tahun 2023 ini!

Selain pelakon terkemuka, Nick Cheung, Ethan Juan dan Talu Wang, WOLF HIDING menampilkan barisan pelakon sokongan yang padu, termasuk Danny Chan Kwok Kwan, Marc Ma, Lawrence Ng Kai Wah, Paul Chun, Adrien Lin, Philip Keung dan ramai lagi.

Ia berkisar tentang pertukaran kuasa di Hongtai Group, yang mempunyai pengaruh yang besar di dunia polis dan juga jenayah. Kemunculan seorang pembunuh misteri bernama Chen An secara tiba-tiba telah menyebabkan keadaan di Hongtai Group menjadi kacau-bilau. Mai Longwen dari pihak polis dan Ma Wenkang dari dunia kongsi gelap ingin menangkap pembunuh misteri tersebut. Siapakah pembunuh misteri di sebalik kekacauan ini? 

Saksikan WOLF HIDING 《怒潮》, filem penuh aksi yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 21 Disember 2023.

WOLF HIDING 《怒潮》 dibawakan kepada anda oleh Pengedar Malaysia Lotus Five Star bersama rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing.


Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

SIPZZ BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI MALAYSIA – TUMBLER WARNA-WARNI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT

ELDON, JENAMA PHARM-D HEALTH SCIENCE, METERAI KERJASAMA DUTA JENAMA DENGAN SELEBRITI CHAN FONG AND HENLEY HII, RAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS