JENAMA TEH BOBA TERKENAL SINGAPURA, PLAYMADE KINI MEMIKAT HATI PENCINTA TEH BOBA MALAYSIA
Sejak penubuhannya pada tahun 2017, PlayMade telah memikat hati dan citarasa penggemar teh boba di 30 lebih buah negara dengan menggunakan ramuan teh boba yang hebat dan boba berperisa unik yang dibuat segar di kedai.
Kini, penggemar teh boba di Malaysia dapat merasai keenakan PlayMade dengan pembukaan dua buah kafé terbaharu di IOI City Mall, Putrajaya dan Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur. Uniknya kafe PlayMade adalah pelanggan dapat melihat sendiri bagaimana boba dibuat segar menggunakan tangan dari tepung ubi kayu sehingga ke boba yang menjadi kegemaran ramai.
Sempena pelancaran PlayMade di Malaysia, menu makanan baharu turut diperkenalkan, menampilkan pilihan snek dan pencuci mulut yang lazat untuk melengkapkan hidangan minuman boba.
PlayMade telah memperkenalkan lebih 30 perisa boba yang unik, termasuk Spicy Mala, Wasabi dan boba tiga warna yang menjadi kegemaran di Singapura.
Jangan lupa untuk mencuba Boba Pink Cactus yang menambat selera dengan rasa buah-buahan dan keharuman bunga-bungaan. Ia diperbuat daripada pulpa kaktus yang diterbangkan khas dari Penghu, Taiwan. Boba Pink Caktus juga ditampilkan dalam hidangan lain seperti Pink Cactus Frappe serta Soft Serve yang bukan sahaja enak tetapi cantik untuk dimuat naik ke Instagram.
Comments
Post a Comment