AMAZIN' GRAZE BAWAKAN 'GIFT OF HEALTH' SEMPENA TAHUN BAHARU CINA INI

Sempena Tahun Baharu Cina ini, Amazin' Graze mengajak anda untuk menyemarakkan lagi sambutan perayaan Tahun Naga ini dengan pek hadiah "The Gift of Health yang diisi dengan pelbagai snek Amazin' Graze yang berkhasiat untuk anda sendiri atau dihadiahkan kepada orang yang tersayang.

Lunar Fortune

Raikan musim perayaan ini dengan Nut Mixes (kekacang campuran) dan Hummus Chips, yang menampilkan cita rasa Asia yang enak dan sentuhan moden kepada snek tradisional. Meriahkan rumah terbuka dengan snek yang sihat dan rangup, dibuat menggunakan kacang kuda dan dan kacang dal, serta Kekacang Campuran yang dibakar bersama ramuan semula jadi seperti kelapa,  pandan, daun kari dan rumpai laut.

Flaming Fortune

Berikan kejutan kepada orang tersayang dengan menghadiahkan pek hadiah Lunar Fortune dan Flaming Fortune di Tahun Baharu Cina ini. Pek hadiah ini dipenuhi dengan snek dengan perisa Asia yang lazat dan rangup, yang menggunakan ramuan sebenar dan semula jadi. Di dalam kotak ini, anda akan mendapati pelbagai jenis snek rangup seperti granola, campuran kacang manis dan berperisa, kerepek hummus yang lazat, dan campuran protein untuk tenaga yang disediakan bukan sahaja untuk penggemar kecergasan, malahan sesiapa sahaja!

Mulakan perjalanan ke arah gaya hidup lebih sihat dengan pek hadiah New Year, New Me. Ia merupakan titik permulaan yang paling sempurna untuk membuat komitmen kepada azam tahun baharu anda. Terdapat sekotak Plant-Based Protein Blend, yang sudah tiga kali kehabisan stok di tahun 2023 keara kepopularitiannya. Dengan kandungan 25g protein (tertinggi di dalam pasaran), 2 Bil CFU  Probiotics, SIFAR kandungan gula, dan ramuan tambahan seperti Fibersol dan Ekstrak Ceri Acerola, ia merupakan resepi yang hebat untuk anda yang lebih sihat.

New Year, New Me

Apa yang menarik tentang kotak hadiah ini ialah ia tidak perlu dibungkus dengan kertas hadiah kerana adanya pembalut "sleeve" edisi terhad yang mencerminkan keceriaan Tahun Baharu Cina. Anda boleh menghantarkannya kepada sesiapa sahaja tanpa perlu membalutnya dengan kertas hadiah!

Setiap pembelian kotak hadian Amazin Graze juga disertakan dengan PENGHANTARAN PERCUMA! 

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan kotak hadiah Tahun Baharu Cina 'Gift of Health' Amazin' Graze sebelum ia kehabisan stok!

Untuk menempah pek hadiah Tahun Baharu Cina Amazin' Graze, sila layari amazingraze.com.my

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!