TIKTOK SHOP DAN YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN (YWP) BEKERJASAMA BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT


TikTok Shop dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)untuk menyalurkan hasil daripada TikTok Shop 11.11 LIVE Showdown kepada 30 usahawan mikro di bawah bimbingan YWP. Ditubuhkan pada 1986 dan dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YWP diasaskan bagi menyokong dan menaik taraf kehidupan masyarakat berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

Program ini bertujuan menjadi batu loncatan untuk usahawan mikro dan menyediakan modal awal yang diperlukan, sokongan agensi kerajaan dan insentif pembangunan yang akan memulakan dan membangunkan perniagaan mereka di TikTok Shop.

"TikTok Shop komited untuk memberi impak sosial dan ekonomi yang bermakna bagi menyokong perniagaan mikro dan kecil di Malaysia,” kata Nur Azre Abdul Aziz, Ketua Perhubungan Strategik di TikTok Shop Malaysia. "Menerusi kerjasama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), kami akan terus berusaha untuk menyumbang ekonomi digital sihat dan terangkum yang memperkasa usahawan mikro Malaysia di seluruh negara.”

Kemuncak usaha kolaborasi antara TikTok Shop dan YWP ialah majlis penyerahan sumbangan yang dihadiri oleh (*dari kiri ke kanan) YBhg. Tuan HJ. Gulam Muszaffar Bin HJ. Gulam Mustakim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP; Mun Wei Siew, Ketua Pembangunan Ekosistem Peniaga di TikTok; YB Tuan Ts. Zahir Bin Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP; YBhg. Muhammad Fikri bin Khalid dan Tuan Mohamad Mahathir, Pegawai Tugas Khas kepada YBhg. Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri;

TikTok Shop juga bekerjasama dengan Unifi, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk menyediakan insentif kepada penjual dan pelan rangsangan yang akan membantu usahawan mikro meningkatkan dan memastikan perniagaan mereka mampan.

"Kerjasama kami dengan TikTok Shop adalah bukti perkongsian strategik di dalam memacu kemajuan sosio-ekonomi. Kami gembira menyaksikan komitmen TikTok Shop di dalam menyokong landskap ekonomi negara dan menyemai persekitaran di mana perniagaan tempatan boleh maju di alam e-dagang,” kata YB Tuan Ts. Zahir Bin Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP

"Saya berterima kasih atas sokongan tidak berbelah-bahagi dari TikTok Shop. Platform ini telah menjadi penyumbang perubahan besar, memberi saya persekitaran yang membantu perkembanan saya. Alat-alat dan peluang yang disediakan di platform ini bertindak sebagai pemangkin kemajuan,” kata BudokKelate, Penjual dan Pencipta Kandungan TikTok Shop.

Program ini meneguhkan komitmen TikTok Shop dalam menyokong usahawan mikro tempatan. “Dedikasi kami terhadap usaha untuk memperkasa perniagaan tempatan di dalam alam digital merupakan keutamaan tertinggi kami, dan kami mengalu-alukan untuk meneruskan usaha dan inisiatif kami bagi menambah baik taraf hidup masyarakat,” kata Azre.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!