MERIAHKAN CUTI HARI KRISMAS ANDA BERSAMA KONSERT ALL-4-ONE DI ARENA OF STARS, GENTING HIGHLANDS


Hangatkan percutian Krismas anda dengan lagu-lagu popular daripada kumpulan R&B dan pop Amerika yang memenangi anugerah, All-4-One di Resorts World Genting’s Arena of Stars pada 25 Disember jam 6 petang! Hadir di Malaysia untuk persembahan satu malam sahaja, kumpulan yang berpangkalan di California bakal membawakan lagu-lagu hits klasik mereka seperti “I Swear”, “So Much in Love”, “I Can Love You Like That”, “I Turn to You”, “These Arms”, “Beautiful as You” dan banyak lagi!

Kuartet vokal harmoni ini terdiri daripada Jamie Jones, Delious Kennedy, Alfred Nevarez, dan Tony Borowiak. All-4-One mula mendapat perhatian di seluruh dunia selepas single sulung mereka, "So Much In Love" mencapai Jualan Emas Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) dan merangkul kedudukan carta pop 5 Teratas pada tahun 1993. 

Nama All-4-One menjadi sebutan di bibir peminat muzik antarabangsa apabila single kedua mereka, "I Swear", mendapat tempat No.1 di carta "Hot 100" Billboard selama 11 minggu berturut-turut dan tempat No. 2 dalam carta UK selama 7 minggu! 

Sehingga hari ini, "I Swear" mengekalkan tempat di Billboard "Hot 100" sebagai salah satu single paling berjaya sepanjang masa dan diiktiraf oleh American Society of Composers, Authors and Publishers (ASCAP) sebagai salah satu lagu cinta terhebat.

Populariti mereka di seluruh dunia sememangnya tidak boleh disangkal. All-4-One, yang diberi gelaran "Dukes of R&B" itu telah menjelajahi dunia untuk persembahan konsert dan merangkul banyak anugerah muzik termasuk Grammy, Anugerah Muzik Amerika dan banyak lagi anugerah antarabangsa yang lain. Setelah menghasilkan sejumlah tujuh album yang telah terjual lebih 20 juta salinan di seluruh dunia, muzik All-4-One masih terus mendapat sambutan daripada orang ramai dan dimuatkan dalam kompilasi muzik di seluruh dunia, iklan, rancangan TV dan filem utama.

Tiket All-4-One Live Concert kini dijual pada harga RM756 (VIP), RM496 (PS1), RM286 (PS2) dan RM166 (PS3). Bayaran pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00 dikenakan. Ahli GRC (Kad Ganjaran Genting) layak untuk menikmati diskaun standard 10% melalui bayaran tunai, kad kredit atau penebusan Mata Ganjaran Genting, sah untuk tiket VIP, PS1 dan PS2 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, lawati rwgenting.com.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!