PDRM DAN WHOSCALL BERIKAN 1 JUTA AKAUN PREMIUM BERNILAI LEBIH RM87 JUTA UNTUK MEMBANTU MEMBANTERAS PENIPUAN DALAM TALIAN DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA


Whoscall yang dikuasakan oleh Gogolook, jenama terkemuka dalam TrustTech yang meningkatkan keselamatan global dengan teknologi anti-penipuan dan perkhidmatan pengurusan risiko bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat pertama kalinya menganjurkan Karnival Scam Free Malaysia bertujuan untuk menwujudkan komuniti bebas penipuan dengan membantu orang ramai mencegah penipuan dalam talian dan panggilan. Di karnival itu, PDRM dan Whoscall mengukuhkan komitmennya dengan pengumuman pemberian 1 juta akaun Whoscall Premium dengan penggunaan selama satu tahun yang bernilai lebih RM87 juta untuk membantu melindungi rakyat Malaysia daripada penipuan dalam talian. Langganan satu tahun Whoscall Premium memberikan pengguna akses kepada pelbagai alat anti-penipuan seperti ID Pemanggil; Sekat Panggilan Spam secara Automatik; Pangkalan Data Kemas Kini secara Automatik termasuk ciri terbaharunya iaitu Panggilan ID WhatsApp dan Pengimbas URL tanpa sebarang iklan.

Karnival ini juga dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan, institusi kewangan dan rakan strategik seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pusat Respon Scam Kebangsaan, CyberSecurity Malaysia (CSM), Bank Negara Malaysia bersama dengan bank tempatan seperti Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional dan rakan-rakan telco seperti CelcomDigi, U Mobile, TIME dotCom Berhad, Telekom Malaysia, YTL Communications dan Tune Talk.

Manwoo Joo, Ketua Pegawai Operasi Gogolook berkata “Menurut kepada Laporan Scam Asia 2023 terbaru yang diterbitkan oleh Global Anti-Scam Alliance (GASA) dan Gogolook, ketidakupayaan mangsa untuk mengenalpasti penipuan dalam talian menjadi faktor utama menyumbang kepada risiko ditipu. Malaysia berada di tangga ke-3 terendah antara 11 negara Asean lain terhadap keyakinan mengenalpasti penipuan dalam talian. Panggilan telefon (82.7%) merupakan saluran utama yang digunakan oleh scammer di Malaysia, diikuti dengan SMS (51.5%) dan aplikasi mesej (42.9%). Laporan ini juga menunjukkan pentingnya langkah pencegahan untuk dilakukan dalam waktu sebenar (real-time) dan Whoscall bersedia untuk menjadi barisan pertahanan pertama dalam mencegah penipuan dalam talian. Dilengkapi dengan aplikasi teknologi anti-penipuan yang berkuasa serta mempunyai pangkalan data terbesar di Asia Timur dan Asia Tenggara dengan 2.6 billion entri nombor dan lebih 100 juta muat turun. Maka dengan itu, pemberian percuma 1 juta Whoscall Premium ini akan dapat membantu melindungi 1 juta rakyat Malaysia daripada scammers secara proaktif.”

Tambah Manwoo Joo lagi, ‘Dengan pengkongsian data dari portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM, kami dapat menambah penandaan PDRM pada panggilan yang tidak diketahui di bawah ‘Scammer (Disahkan oleh PDRM)’. Kaedah ini terbukti sangat berjaya dalam menghalang rakyat Malaysia daripada menerima panggilan penipuan. Data yang dikumpul selama 11 bulan menunjukkan bahawa kadar menjawab panggilan penipuan dalam talian menurun sebanyak 50% antara Januari hingga ke November 2023. Pencapaian lain dalam tempoh yang sama, 41% nombor penipuan dalam talian yang disediakan oleh portal JSJK PDRM telah disekat oleh pengguna Whoscall. Kami sangat gembira dengan hasilnya dan akan terus menyokong JSJK PDRM dalam melindungi rakyat Malaysia dari scammers dan semua aktiviti penipuan.”

Pesuruhjaya Polis Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam ucapannya di Karnival Scam Free Malaysia berkata, “Data menunjukkan kes penipuan dalam talian bagi tahun 2023 telah meningkat sebanyak 37.5%. 32,462 kes penipuan dalam talian dengan nilai kerugian RM1,319 juta dicatatkan pada bagi tempoh Januari hingga November 2023. Berbanding tempoh sama tahun 2022 yang mencatatkan jumlah sebanyak 23,608 kes melibatkan nilai kerugian RM771.1 juta. Berdasarkan perkembangan ini, kami menjangkakan kes-kes penipuan dalam talian akan terus meningkat seandainya langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya tidak diambil dari sekarang. PDRM berbesar hati kerana Whoscall telah mengambil langkah untuk bekerjasama bersama dengan PDRM dalam memerangi penipuan dalam talian. Melalui aplikasi Whoscall yang menggunakan teknologi terkini, rakyat Malaysia kini boleh melindungi diri mereka dalam waktu sebenar (real-time) daripada penipuan dalam talian dengan memuat turun aplikasi Whoscall.”

ASP Tuan Rahmat Fitri dan Ts. Mohd Zabri Adil Bin Talib, Ketua Bahagian Perkhidmatan Responsif Keselamatan Cyber dari CyberSecurity Malaysia menyampaikan ceramah Anti-Penipuan Dalam Talian di Karnival Scam Free Malaysia. Mereka berkongsi tentang saluran biasa untuk penipuan dalam talian di Malaysia, faktor utama yang menjadikan rakyat Malaysia mangsa penipuan dalam talian dan senario dan teknik yang digunakan oleh scammer. Tambahan lagi, PDRM juga menyediakan informasi yang menyeluruh mengenai kes “love-scam” dan menayangkan previu filem anti-love scam terbaru bertajuk “OPPA” yang diambil dari kisah benar. Filem ini adalah hasil kolaborasi bersama PDRM dan Dream Film. Penonton boleh menonton previu filem OPPA di sini Awareness Film OPPA New Trailer.

Tebus Whoscall Premium untuk penggunaan selama 1 tahun secara PERCUMA sebelum 31 Mac 2024 di http://redeem.whoscall.com/ dan gunakan kod promo “PDRMLawanScams”. Untuk akses penuh Laporan Scam Asia, sila lawati https://files.gogolook.com/2023-asia-scam-report.pdf. Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen pendidikan dan sumber maklumat bagi Kempen Scam Free Malaysia, sila lawati akaun media sosial Whoscall di https://www.facebook.com/whoscall.malaysia/ dan https://www.tiktok.com/@whoscall.malaysia. Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kami dalam usaha berterusan ini untuk memerangi penipuan dalam talian dan melindungi komuniti kita.



Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!